Ikrar Pemutus Darul Muallij Yang Anda Turut Boleh Amalkan


Assalamualaikum pembaca blog ini. Saya ingin berkongsi kepada anda ikrar pemutus sebagai ikhtiar untuk menutup jalan gangguan dari saka dan sihir. Sekiranya ada ikatan yang kita tak tahu apa yang berlaku pada datuk nenek moyang kita dulu, insyaallah amalkan ikrar pemutus ini setiap solat.

Namun jika anda tidak yakin atau berlaku sesuatu yang menyakitkan tubuh setelah amalkan ikrar ini, sila jumpa perawat Islam untuk membantu anda.

Berikut adalan ikrar pemutus yang diajar di Pusat Rawatan Islam Darul Muallij....

Bismillahirrahmanirrahim……YA ALLAH
Sesungguhnya saya dan juga mewakili keluarga dan keturunan saya..
Dengan penuh sedar dan insaf, dengan ini mengisytiharkan :
Memutuskan semua perjanjian dan ikatan yang kami atau orang sebelum kami pernah lakukan secara sedar ataupun tidak dengan golongan jin sekiranya ada.
Mengharamkan tubuh kami 
Dari dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal

Apa jua jenis jin
Samaada saka , sihir , asyik dan lain-lain jin
Menegaskan bahawa kami 
Hanya bergantung kepada perlindungan dan pertolongan 
ALLAH SAHAJA

Amin, amin. Amin
Ya rabbaal; Alamin

………………………………………………………………………….

Bismillahi rahmanirrahim….YA ALLAH
Bermula dari saat ini..
Saya HARAMKAN

Seluruh kehidupan saya,anggota tubuh saya, makanan saya , keluarga saya dan keturunan saya dari semua jin saka, jin sihir dan sebagainya.

Sekiranya ya ALLAH , mereka ganggu kehidupan saya,anggota tubuh saya, makanan saya, keluarga saya dan keturunan saya :

Jadikan ya ALLAH ,gangguan- gangguan itu sebagai RACUN

Racun yang teramat BISA
Racun yang teramat PANAS
Racun yang MEMBAKAR
Racun yang MEMBUNUH
SEMUA JIN SAKA , JIN SIHIR DAN LAIN-LAIN JIN YANG MENGGANGGU SAYA

Bermula dari sekarang hingga selama-lamanya.
Amin , amin..amin

Ya rabbal’ alamin…


Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama