Pusat Rawatan Islam Darul Muallij


Pusat Rawatan Islam Darul Muallij telah diasaskan oleh Tuan Guru Ustaz Hassan Bin Ishak. Matlamat tertubuhnya pusat rawatan ini adalah untuk menerangkan kemuskilan gangguan makhluk halus sama ada saka atau sihir dan seumpamanya. Memberi pendedahan rawatan islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Visi Pusat Rawatan Darul Muallij adalah mewujudkan satu keluarga, satu perawat dan beramal kerana Allah.

Masalah rawatan yang diragui dan tidak sah melalui syarak dalam kalangan masyarakat melayu Islam kini menyebabkan tugas sebagai muallij (perawat) perlu istiqamah untuk turut berdakwah menerangkan kepada masyarakat kaedah rawatan Islam yang sebenar.

Mendapat kefahaman tentang rawatan Islam yang dibenarkan syarak perlu didedahkan kepada masyarakat agar tidak tersasar dari landasan. Memang diakui kini, terdapat banyak pusat rawatan Islam wujud kini namun masih ada juga masyarakat yang masih memilih kaedah perbomohan untuk menyembuhkan penyakit.

Jika anda ingin mendapat pendedahan tentang konsep rawatan Islam yang dibenarkan syarak anda boleh sertai forum di telegram Darul Muallij melalui link ini https://t.me/FORUMRAKANPERAWATDARULMUALLIJ.  Forum ini sangat aktif dan respon soalan dari ahli forum juga cepat dan dijawab sendiri oleh pengasas Darul Muallij sendiri bersama team perawat yang lain.


Latar Belakang Pengasas



Ustaz Hassan bin Ishak memiliki Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Ulum Wal Quran) dari Universiti Al Azhar, Mesir. Beliau merupakan pengamal perubatan Islam berpengalaman, guru agama dan tenaga pengajar rawatan Islam di Darul Quran (JAKIM) dan Naqia International Education Sdn. Bhd.

Maklumat lanjut tentang Pusat Rawatan Darul Muallij anda boleh terus layari website rasmi ni http://darulmualij.blogspot.com untuk ketahui lebih lanjut mengenai aktiviti dan perkongsian ilmu rawatan Islam.


Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk perkongsian diblog saya selaku admin dan salah seorang anak didik Tuan Guru Ustaz Hassan bin Ishak. Insyaallah. Aamin.


Daripada;
Azeri bin Abdul Wahab
Perawat Darul Muallij
Telok Panglima Garang, Banting


Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama