Pakej Rawatan

Berikut adalah caj semasa ( tarikh kemaskini pada 28-Oct-22) untuk setiap rawatan.

RAWATAN 1 : Sihir / Saka / Asyik / Gangguan Jin

1) Bayaran seikhlas hati sekiranya rawatan dilakukan di klinik rawatan yang terletak di Banting
2) Caj perjalanan (minyak + tol) akan dikenakan sekiranya perawat PERLU datang ke rumah pesakit. (akan berubah mengikut harga minyak semasa) : Setiap 1km = 0.40sen. Anda boleh anggarkan perjalanan saya ke rumah anda dari Telok Panglima Garang.
3) Pesakit hanya perlu sediakan air mineral sekurang-kurangnya 1 liter atau 500 milileter air mengikut keperluan pesakit bagi tujuan dirukyahkan untuk rawatan susulan selepas rukyah.
4) Sekiranya merawat di klinik rawatan kami, air rukyah telah disediakan. Bayaran seikhlas hati.
5) Pesakit dan keluarga pesakit dinasihatkan agar menutup aurat ketika sesi rawatan dilakukan.
6) Peringatan : Sekiranya ada apa-apa tangkal, azimat, wafak atau apa jua yang dipakai, hendaklah ditanggalkan.
7) Peringatan : Bagi pesakit wanita, tidak digalakkan untuk dirawat sehingga ditemani mahram (suami, ahli keluarga, rakan sejenis)
8) Rawatan susulan digalakkan sekiranya pesakit masih belum sembuh. Sekiranya pesakit telah sembuh, maka TIDAK PERLU rawatan susulan.

Analisa dulu, adakah gangguan anda disebabkan penyakit fizikal ataupun penyakit spiritual - DI SINI !



RAWATAN 2 : Pagar Rumah

1) Rumah teres satu tingkat - RM180  (tidak termasuk kos perjalanan)
2) Rumah teres dua tingkat - RM250  (tidak termasuk kos perjalanan)
3) Harga termasuk bahan persediaan memagar rumah.
4) Caj perjalanan (minyak + tol) akan dikenakan sekiranya perawat PERLU datang ke rumah pesakit. (akan berubah mengikut harga minyak semasa) : Setiap 1km = 0.40sen. Anda boleh anggarkan perjalanan saya ke rumah anda dari Telok Panglima Garang.



RAWATAN 3 : Bekam

1) Cup pakai buang : 1 cup = RM10
2) Cup ulang guna : 1 cup = RM6
3) Caj perjalanan (minyak + tol) akan dikenakan sekiranya perawat PERLU datang ke rumah pesakit. (akan berubah mengikut harga minyak semasa) : Setiap 1km = 0.40sen. Anda boleh anggarkan perjalanan saya ke rumah anda dari Telok Panglima Garang.
4) Setiap cup ulang guna akan dicuci menggunakan DD1 dan disteril menggunakan oven UV khas untuk pembasmian kuman dan bakteria.
5) Setiap rawatan penyakit tertentu mempunyai jumlah cup tersendiri serta point bekam yang berbeza. Perawat akan memberikan cadangan terlebih dulu sebelum pesakit membuat keputusan bersetuju untuk meneruskan rawatan.
6) Pesakit akan dianalisa terlebih dulu sebelum meneruskan rawatan bekam.
7) Buat masa ini rawatan hanya dibuka untuk LELAKI sahaja. Bagi PEREMPUAN perlu buat pengesahan awal untuk perawat mencadangkan perawat rawatan bekam untuk perempuan yang terdekat. 
8) Rawatan susulan adalah digalakkan. Ia akan dicadangkan oleh perawat kelak. Setiap penyakit lain rawatan susulannya.
9) Jangkaan masa merawat : 1jam sehingga 1jam 15minit



RAWATAN 4 : Pakej PTB (Urutan + Krekk Method)

1) Rawatan Pembetulan Tulang Belakang (PTB) ini merupakan kombinasi rawatan Urutan dan Krekk Method (Kiropraktik).
2) Rawat satu badan.
3) Pesakit akan dianalisa terlebih dulu sebelum rawatan diteruskan.
4) Caj rawatan : RM140 (tidak termasuk kos perjalanan)
5) Jangkaan masa merawat : 1jam 30minit sehingga 2jam
6) Caj perjalanan (minyak + tol) akan dikenakan sekiranya perawat PERLU datang ke rumah pesakit. (akan berubah mengikut harga minyak semasa) : Setiap 1km = 0.40sen. Anda boleh anggarkan perjalanan saya ke rumah anda dari Telok Panglima Garang.