Assalamualaikum.
Nama penuh saya Azeri bin Abdul Wahab. Saya merupakan salah seorang perawat dari Pusat Perubatan Islam Darul Muallij. Saya telah berkhidmat dengan masyarakat dalam urusan pengubatan yang berkonsepkan amalan pengubatan Islam sejak 2015 sehingga kini. InsyaAllah.
Ini mybiolink saya - DI SINI!
Saya juga merupakan juruterapi bertauliah dan berdaftar di bawah KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dalam bidang Terapi Pengubatan Islam dan Terapi Urutan Melayu.
Untuk pengetahuan anda juga, saya masih bertugas di salah satu syarikat antarabangsa di kawasan Telok Panglima Garang.
Saya beranggapan mungkin anda mendapat informasi tentang diri saya dari blog rasmi saya di www.azeriim.my atau di mana-mana sosial media yang saya aktif.
Apakah Kepakaran Saya ?
Kepakaran saya melalui bidang pengubatan ini adalah memudahkan urusan pesakit yang menghadapi masalah rohani dan jasmani. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah...
- Rukyah Syarie'yyah (Saka/Sihir/Gangguan Jin)
- Bekam
- Urutan
- Pembetulan Tulang Belakang / Bone Alignment / Krekk Method
- Akupuntur asas
