Bekam (Al-Hijamah)


Berbekamlah..kerana ia adalah sebaik-baik UBAT


Kenyataan ini BUKAN lah gimik, malah saranan ini disampaikan dari baginda Rasulullah Shollallahhu a'laihi Wasallam melalui hadith daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda...

إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.

[Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]



Soal & Jawab tentang BEKAM

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?

Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah ?

Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.Semua alatan bekam kami akan melalui proses STERIL selama 15 minit menggunakan cecair TERBAIK (DD1) untuk mematikan Bakteria serta Virus sekali gus kemudian kami menggunakan UV STERILIZER sebelum proses berbekam dijalankan.

3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?

Waktu mustajab berbekam ialah tanggal 17,19 dan 21hb kalendar islam dalam keadaan perut yang kosong.

4) Individu manakah yang tidak digalakkan berbekam darah ?

Individu yang tidak digalakkan ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?

Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit berbanding bekam angin.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya ?

Kaedah bekam darah.

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?

Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit klinikal anda dianjurkan berbekam seminggu sekali sebanyak tiga kali sesi berturut bagi kesembuhan yang maksimum.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?

Anda dianjurkan tidak makan dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 3 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah ?

Berbekam dalam keadaan perut kosong atau berpuasa sehari sebelum temujanji bekam.

10) Bolehkah berbekam pada hari RABU ?

Boleh,jika pada hari tersebut jatuhnya tarikh mustajab berbekam (17/19/21 kalendar islam) ataupun pada hari tersebut juga anda sedang sakit dan perlukan rawatan bekam dengan kadar segera.Tiada dalil/nas sahih larangan berbekam pada hari Rabu.

11) Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia ?

1) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

2) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.

Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa-apa berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

3) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.




ANDA INGIN BERBEKAM ?

Anda boleh booking slot anda dengan menghubungi saya secara mesej WASAP sahaja di nombor saya  ini 010-8187618 atau KLIK SINI untuk terus WASAP. Buat masa ini saya hanya bekam untuk lelaki sahaja. Sebarang persoalan anda boleh terus hubungi saya di borang hubungi - DI SINI !