Paling seronok apabila selepas mengurut pesakit, mereka merasa lega dan kembali ceria. Begitulah nikmatnya sebagai juruterapi ataupun tukang urut. Berikhtiar memberikan yang terbaik untuk pesakit. Keluhan pesakit dapat diselesaikan dengan sempurna merupakan hadiah paling utama bagi ilmu yang dipelajari agar ia lebih memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan khidmat.
Urutan terapeutik merupakan salah satu jenis urutan perubatan yang memberi kebaikan yang sama dengan jenis urutan yang lain. Dari segi maksudnya pula adalah sejenis urutan yang ada manfaat dari sudut perubatan. Cuma perbezaannya adalah dari segi teknik sahaja.
Alhamdulillah saya telah menjalani latihan khas dan memiliki sijil urutan terapeutik dari Sifu Hakim (Pakar urutan terapeutik) yang berpengalaman luas dalam bidang urutan.
Bagaimana urutan terapeutik boleh memberikan manfaat dari sudut perubatan kepada tubuh manusia ?
Pernahkah anda mendengar tentang mekanisma penyembuhan semulajadi tubuh ?
Allah SWT yang Maha Memelihara telah menjadikan dalam setiap tubuh manusia ada satu mekanisme (aturan). Sekiranya tubuh tidak berada pada tetapan yang sepatutnya, maka tubuh akan bertindak balas membuat 'self-adjustment' supaya tubuh kembali berada pada tetapan yang sepatutnya. Ia berlaku secara automatik.
Sebagai contoh, kata lah anda luka....apa anda akan buat ?
Cuci. letak ubat, balut (jika perlu) dan akhir sekali biarkan sahaja. Lama kelamaan luka tersebut akan sembuh. Betul ?
Soalannya, adakah anda memainkan peranan secara terus dalam menyusun kembali sel-sel kulit supaya bercantum ?
Jadi, siapa yang buat kerja ni ?
Tentulah mekanisma penyembuhan semula jadi tubuh anda yang memainkan peranan mengikut ketetapan yang Allah SWT mahu.
Baik, kita ambil contoh luka tadi...
Katalah 2 orang telah luka terkena pisau. Kedua-duanya telah mendapatkan rawatan yang sama untuk luka tersebut.
Adakah tempoh penyembuhan mereka berdua sama 100% ?
Sudah tentulah TIDAK !
Ada yang cepat dan ada yang lambat.
Lambat atau cepat sesuatu proses penyembuhan bergantung pada keupayaan mekanisma penyembuhan semula jadi tubuhnya.
Jika seseorang itu mempunyai keupayaan mekanisma penyembuhan semula jadi tubuh yang tinggi, maka proses penyembuhan adalah lebih cepat berbanding dengan orang yang mempunyai mekanisma penyembuhan semula jadi tubuh yang rendah.
Jadi peranan urutan terapeutik adalah ia merangsang keupayaan mekanisma penyembuhan semula jadi tubuh melalui sentuhan seni urutan pada tempat-tempat tertentu pada tubuh kecuali pada bahagian tulang dan tempat-tempat sensitif seperti kemaluan, bola mata, lidah dan lain-lain.
Anda Ingin Mendapatkan Khidmat Kami ?
Mungkin ini satu pilihan rawatan bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan. InsyaAllah.
Sila hubungi kami untuk pertanyaan - DI SINI !