Rawatan Susah Tidur Malam



Salam hormat rakan sekalian. Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Sekiranya anda sedang mencari informasi rawatan Islam, blog ini mungkin salah satu rujukan kelak.

Post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang kaedah rawatan bagi mereka yang menghadapi masalah sukar tidur malam.

Antara penyakit-penyakit yang sering diadukan kepada perawat ialah masalah sukar untuk tidur malam ataupun dikenali sebagai insomnia. 

Sebagaimana yang kita tahu, jangka waktu tidur setiap orang adalah berbeza. Bagaimanapun secara umumnya, manusia tidak memerlukan waktu yang panjang untuk tidur.

Penyakit sukar tidur boleh disebabkan antara faktor di bawah ini :-

  • Stress atau tekanan (tempat kerja, belajar dan rumah tangga)
  • Menghadapi masalah (rumah tangga, kewangan, pelajaran dan pekerjaan)
  • Perubahan pada persekitaran (berpindah tempat tidur, rumah dan sebagainya)
  • Penyakit
  • Gangguan makhluk halus.

Apakah yang perlu dilakukan ?

Selain daripada mendapatkan rawatan dari perawat Islam bertauliah, boleh juga diamalkan adab-adab sebelum tidur seperti di bawah :

  1. Membaca 3 Qul
  2. Ayatul Qursi
  3. 3 ayat terakhir Al-Baqarah dan Zikir Fatimah (tasbih, tahmid dan takbir 33x)
  4. Tambahan : Al-Kahfi ayat 25 atau Al-Anbiyaa ayat 87 atau Maryam ayat 18 & 98
  5. Mengamalkan dua rangkaian doa di bawah ini yang dikenali sebagai doa Al-Araq. Amalkanya dengan membacanya berulang kali sebelum tidur.

Nota : Boleh juga dibacakan ke atas air untuk diminum

Doa 1 : "Ya Allah, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindunginya. Tuhan pemelihara segala bumi dan apa yang terkandung di dalamnya dan Tuhan pencipta syaitan dan apa yang tersesat kerananya. Jadikanlah aku terpelihara daripada kejahatan makhlukMu itu semua, sampai-sampai seseorang daripada mereka mengalahkan daku dan melakukan kezaliman. Muliakanlah pemeliharaanMu, Maha Besar pujiMu, tidak ada Tuhan selain Engkau"

Doa 2 : "Ya Allah, bintang-bintang telah tenggelam, segala mata merasa tenang, sedangkan Engkau tetap hidup lagi berdiri sendiri. Tiada mengantuk dan tidur menimpa Engkau. Ya Tuhan yang hidup, Ya Tuhan yang berdiri sendiri, tenangkanlah malamku dan tidurkan mataku". Aamminn


Jika masalah di atas masih berterusan maka bangkitlah diwaktu malam itu mengambil wuduk dan terus mengerjakan solat sunat taubat, solat tahajud, solat tasbih dan solat hajat memohon perlindungan Allah SWT daripada gangguan, sama ada gangguan manusia, iblis dan syaitan atau kedua-duanya sekali.


-Ustaz Hassan-
Darul Muallij


ANDA INGIN MENDAPATKAN RAWATAN KAMI ?
Sila hubungi 010-8187618 (Azeri-Muallij)
"Kita berikhtiar, Kesembuhan Milik Allah"

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama