Ruqyah

Anda Ada Gangguan Sihir / Saka / Ain / Asyik ?




Ruqyah adalah asas rawatan dalam Islam. Semestinya ayat Al-Quran adalah syifa' (ubat penyembuh) yang terbaik untuk semua rawatan yang melibatkan penyakit fizikal dan penyakit rohani.

Saya terangkan sedikit sebanyak tentang pengertian Ruqyah untuk kefahaman bersama.



Pengertian Ruqyah

- Ruqyah menurut bahasa iaitu perlindung.

- Sedangkan dalam istilah syari'at Islam iaitu doa-doa dari Al-Quran maupun As-Sunnah As-Shohihah atau dari bacaan yang dapat difahami, yang dibaca untuk memohon kepada Allah SWT akan kesembuhan orang yang sakit.

- Istilah Ruqyah dalam pengertian bahasa ini sebenarnya sudah dikenali sebelum Nabi diutus menjadi Rasul. Bahkan ada yang berpendapat, ruqyah ada sejak manusia ada.

- Kerana itu, dalam riwayat disebutkan bahawa Rasulullah S.A.W menggunakan ruqyah-ruqyah yang dipakai pada sahabat.

- Nabi Rasulullah S.A.W bersabda: "Perdengarkanlah ruqyah kalian, ruqyah itu tidak apa-apa selama tidak bermuatan syirik". (HR. Muslim dari sahabat 'Auf bin Malik). 



Dalil Ruqyah Syar'iyyah

Allah SWT berfirman: "Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman..." (QS. Al Isra':28. Ayat ini diperkuatkan hadith Aisyah RA. ketika Rasulullah masuk rumahnya, Aisyah sedang mengubati atau meruqyah seorang wanita. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Ubatilah ia dengan Al-Quran." (HR. Abu Daud)


Pembahagian Ruqyah

Dari uraian di atas, dapat disimpulkan, ruqyah dibahagi menjadi dua. Ruqyah Syirkiyyah (Ruqyah yang bercampur syirik) dan Ruqyah Syar'iyyah (Ruqyah yang sesuai dengan syari'at).



Ruqyah Syirkiyyah


Ruqyah Syirkiyyah adalah bacaan-bacaan yang mengandungi kesyirikan (permohonan kepada selain Allah) dengan cara atau syarat-syarat yang menyimpang dari tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah. Di antara ciri Ruqyah Syirkiyyah adalah :

  • Membaca Al-Qur'an tapi mampu menerawang atau mengetahui hal-hal yang ghoib.
  • Mencampur Al-Qur'an dengan mantra-mantra kesyirikan.
  • Membaca Al-Qur'an dengan meminta syarat-syarat yang tidak dibenarkan dalam Islam.
  • Membaca Al-Qur'an dan memberikan azimat, wafaq, isim dan atau benda-benda lain yang dikeramatkan.


Ruqyah Syar'iyyah


Ruqyah Syar'iyyah iaitu Ruqyah yang sesuai dengan syari'at Islam. Yang menjadikan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai landasan. Bacaan-bacaan dalam Ruqyah Syar'iyyah diambil dari ayat-ayat Al-Qur'an, dan dari doa-doa ma'tsur yang diajarkan Rasulullah.

Ciri dan syarat Ruqyah Syar'iyyah :

  • Jika bacaan Ruqyah diambil dari ayat Al-Quran, maka tidak diperbolehkan merubah susunan dan cara bacaannya (dibaca dengan tartil)
  • Dibaca sesuai dengan bahasa aslinya dan dibaca sesuai dengan kaedah bacaannya.
  • Dibaca dengan suara yang keras, agar terdengar dengan jelas bacaannya.
  • Tidak mengandungi unsur-unsur kesyirikan.
  • Tetap meyakini hanya Allah semata yang Maha Penyembuh, BUKAN peruqyah.

Semoga sedikit sebanyak penerangan ini memberi kefahaman kepada anda. Sekian. Wasallam.


Daripada;

TG. Ustaz Hassan
Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Muallij

Perawat DM (Admin blog)
Azeri bin Abdul Wahab


P/S : Jika anda ingin mendapatkan rawatan Islam, sila isi BORANG DI SINI !. Insyaa Allah.
P/S : Antara turutan ayat rukyah yang mahsyur menurut para ulama' boleh - RUJUK SINI !