Kiropraktik

Anda Ada Masalah Sakit Tulang Belakang ?



Senarai di bawah adalah beberapa simptom sakit yang disebabkan masalah tulang belakang. Berikut adalah simptom :

1. Sakit kepala.
2. Stress yang berpanjangan.
3. Tekanan jiwa.
4. Tubuh rasa tidak selesa.
5. Kehilangan kawalan usus dan kencing.
6. Kesukaran pergerakan rusuk dan pernafasan.
7. Sakit di bahagian rusuk kiri dan kanan.
8. Sakit pinggang.
9. Kebas di hujung jari kaki/tangan.
10. Lenguh dan ngilu jari.
11. Betis keras dan sakit apabila ditekan.
12. Denyutan jantung laju.
13. Tidak dapat bernafas dengan selesa atau lega.
14. Rahang bahagian bawah kerap berbunyi “Klik”.
15. Tumit kasut cepat haus antara sebelah kiri atau kanan.

Nota : Pesakit mengandung, bekas tulang patah atau dimasukan besi pada tulang adalah "TIDAK DIBENARKAN UNTUK MELAKUKAN PTB"

Sekiranya anda mengalami masalah di atas dan telah ikhtiar pelbagai rawatan selain rawatan pembetulan tulang belakang, kemungkinan besar punca penyakit selama ini datang dari tulang belakang.


Pembetulan Tulang Belakang - Rawatan Tanpa Ubat

Tulang belakang berada di bahagian tengah tubuh yang berfungsi untuk menopang seluruh tubuh, melindungi organ dalam tubuh serta merupakan tempat pelekatan tulang rusuk.Tulang belakang tersusun dari 24 tulang (vertebrae) yang dipisahkan masing-masing oleh ‘discs’. Di tengah tulang veterbrae tersebut, terdapat tulang belakang (spinal cord). 

Tulang belakang ini bertidak bagaikan jaringan telefon dari otak yang membawa pesan ke seluruh bahagian tubuh.

Sekiranya terjadi pergeseran tulang belakang, maka sistem saraf akan luka dan aliran energi ke organ pun turut terganggu. Disebabkan susunan tulang belakang yang kompleks, sekalipun gerakan normal pada tulang belakang pun boleh menimbulkan gangguan. 

Contohnya, jika anda tersalah mengangkat beban, pergerakan pada satu sisi yang berulang, postur tubuh yang salah boleh mengganggu mekanisme tulang belakang. Kaedah pembetulan tulang belakang (PBT) ini dikatakan mampu mengurangkan gangguan pada sistem saraf dengan rawatan khas untuk memperbaiki fungsi dan strukturnya.

Pembetulan tulang belakang merupakan salah satu kaedah yang sangat efektif untuk merawat masalah yang berkaitan dengan tulang belakang antaranya sakit pinggang, slip disc, kebas kaki atau tangan, sakit tengkuk atau leher dan lain-lain.

Masalah sakit pinggang berpunca daripada bahagian tulang belakang yang tidak berada di dalam kedudukannya sendiri. Jika ini terjadi maka anda akan mengalami pelbagai masalah seperti sakit pinggang, lenguh badan, sengal-sengal badan, sakit kepala, sakit tengkuk dan sebagainya.

Ada beberapa pesakit yang menceritakan mereka pernah terjatuh atau kemalangan sewaktu mereka muda dahulu dan baru sekarang kesannya dapat terasa. Ia memang lambat tetapi masalah kesihatan akan muncul sedikit demi sedikit apabila umur semakin meningkat.

Rawatan pembetulan tulang belakang mampu merawat masalah sakit belakang dengan kaedah-kaedah tertentu yang kami tawarkan.

Sekiranya anda berminat untuk berikhtiar dengan kami, sila hubungi kami. InsyaAllah.

"Kita Hanya Ikhtiar, Kesembuhan Milik Allah"

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.