Kaedah Amalan Memulangkan Sihir Yang TIADA Kesudahan



Assalamualaikum para pembaca yang budiman. Terima kasih kerana sudi singgah blog saya ini.

Saya ingin berkongsi kepada anda yang selama ini berperang dengan sihir dan mempunyai iltizam untuk sembuh dan bebas dari pengaruh sihir.

Memang tidak dinafikan zaman sekarang ini walaupun telah moden dan serba canggih, sifat dengki yang melampau sehingga sanggup mengamalkan khurafat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.

Jika anda dikalangan yang pernah melakukan sihir dan pernah memberi upah untuk tok bomoh menghantar sihir kepada mangsa anda, saya nasihatkan berTAUBATlah !

Baiklah...bagi anda yang telah ikhtiar bermacam-macam cara untuk sembuh dari sihir, anda boleh amalkan Yasin 7 Mubin. Mungkin anda pernah dengar tetapi anda tidak tahu cara untuk mengamalkannya.

Berikut adalah langkah demi langkah kaedah amalan untuk memulangkan sihir yang tiada kesudahan dihantar dan anda ingin menghantar kembali sihir kepada mereka yang berurusan dengan amalan sihir ini.

Kaedah Pulang Sihir Yasin 7 Mubin

Amalan yang perlu anda lakukan...

1) Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwudhu'

2) Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

3) Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.

4) Setelah selesai, baca Surah Yasin sehingga bertemu perkataan 'Mubin' yang pertama. Hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa "minta dipulangkan sihir kepada penyihir".

5) Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan 'Mubin' kedua, berdoa macam tadi.

6) Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa 'Mubin' yang ke 3,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi "minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran".

7) Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.

8) Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al-Kautsar 10x dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.

InsyaAllah berhasil dengan izin Allah.

Saya permudahkan ayat yang anda perlu 'alert' setiap kali sampai pada ayat 'Mubin' seperti di bawah...

1) Ayat 12 - DOA - Ulang Surah Yasin...
2) Ayat 17 - DOA - Ulang Surah Yasin...
3) Ayat 24 - DOA - Ulang Surah Yasin...
4) Ayat 47 - DOA - Ulang Surah Yasin...
5) Ayat 60 - DOA - Ulang Surah Yasin...
6) Ayat 69 - DOA - Ulang Surah Yasin...
7) Ayat 77 - DOA


Anda boleh berikhtiar dengan amalan ini, insyaAllah Allah pasti akan bantu mereka yang sentiasa mengharap dengan penuh harapan daripada Allah.

Kita Iktiar, Kesembuhan Milik Allah.

Semoga bermanfaat untuk anda. Jangan lupa untuk kongsikan info ini kepada ahli keluarga anda, sahabat andai dan kenalan anda agar mereka juga boleh turut mengamalkannya.


1 Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

  1. Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
    Saya seperti ade termakan makanan dari ilmu guna-guna, setiap hari ada benda halus di hantar kepada saya, bergerak-gerak dikulit, masuk ke rongga telinga, hidung dan punggung ...
    email : tubuhsatu@gmail.com

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama