Adakah rawatan yang dilakukan mengikut landasan Islam ?
Ya, kami di Pusat Rawatan Darul Muallij sentiasa menekankan aspek rawatan yang mengikut syariat Islam. Pusat rawatan kami juga mendapat pengesahan dan tersenarai dalam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Namun sekiranya perawat kami melakukan rawatan yang tidak berlandaskan syariat dan diragui, anda boleh laporkan kepada pengasas Darul Muallij iaitu Ustaz Hassan (017-328 1956) ataupun Ustaz Hussin (019-937 2729).
Namun sekiranya perawat kami melakukan rawatan yang tidak berlandaskan syariat dan diragui, anda boleh laporkan kepada pengasas Darul Muallij iaitu Ustaz Hassan (017-328 1956) ataupun Ustaz Hussin (019-937 2729).
Berapakah caj rawatan yang dikenakan ?
Caj rawatan adalah perkara subjektif bagi seseorang perawat. Ada beberapa kos yang perlu ditanggung oleh seseorang perawat seperti sewa kedai, bayaran elektrik, air dan sebagainya. Tetapi caj yang dikenakan tidaklah membebankan. InsyaAllah.
Sekiranya anda meminta perawat untuk datang merawat di rumah anda, caj pengangkutan seperti minyak, tol akan dikenakan sebagai menampung perbelanjaan perawat dan pengorbanan masa yang akan dilakukan.
Sekiranya anda meminta perawat untuk datang merawat di rumah anda, caj pengangkutan seperti minyak, tol akan dikenakan sebagai menampung perbelanjaan perawat dan pengorbanan masa yang akan dilakukan.
Adakah perlu buat temujanji terlebih dulu atau walk-in sahaja untuk mendapatkan rawatan ?
Anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Kebanyakan perawat kami masih bekerja dan ada yang berniaga sendiri. Temujanji adalah yang diutamakan.
Adakah hanya rawatan sihir, saka sahaja yang ada di Darul Muallij ?
Tidak. Rukyah adalah asas yang paling kuat bagi setiap rawatan. Ia tetap diutamakan. Kami juga mempunyai perawat terlatih yang menyediakan rawatan bekam, urutan, akupuntur dan pembetulan tulang/krekk method untuk rawatan. Anda perlu berbincang dulu dengan perawat bagi memudahkan urusan rawatan. InsyaAllah
Adakah website / blog ini milik pengasas Darul Muallij ?
Tidak. Website ini adalah blog yang diwujudkan oleh salah seorang perawat terlatih Pusat Rawatan Darul Muallij yang HQ nya terletak di Bandar Sungai Buaya, Rawang. Blog ini sebagai platform untuk memperkenalkan Pusat Rawatan Darul Muallij dan dalam masa yang sama, membantu masyarakat untuk mengenali Darul Muallij itu sendiri. Segala perkongsian di sini hanyalah bertujuan manfaat bersama dan hebahan bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan kami. InsyaAllah.
Ramaikah yang telah sembuh setelah merawat di sini ?
Kami hanya berpegang kepada moto kami iaitu " Kita hanya ikhtiar. Kesembuhan milik Allah ". InsyaAllah sekiranya diizinkan untuk sembuh, pasti akan sembuh. Sekiranya tidak, anda jangan berputus asa, rahmat Allah cukup luas.
Powered by HuraTips.Com