Assalamua'laikum kepada pembaca yang budiman. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.
Saya rasa teruja untuk berkongsi kepada pembaca budiman yang mungkin penduduk dari Kampung Sungai Lang Tengah, Banting atau luar dari kawasan kampung tentang satu amalan murni dari golongan pemuda kampung untuk membantu penduduk qariah yang mempunyai masalah kesempitan wang dan memerlukan makanan.
Sebelum saya merawat, saya telah singgah di Masjid Al-Ehsan Kampung Sungai Lang Tengah. Saya melihat satu rak khas untuk barangan makanan dapur untuk mereka yang sangat memerlukan.
Hati saya terkejut sebenarnya. Masih ada usaha murni seperti ini di dunia terutama sekali di kawasan masjid.
Seringkali terdengar kisah gereja meletakkan tabung duit yang boleh diambil oleh sesiapa sahaja yang sangat memerlukan wang untuk mengambil wang TANPA bayaran balik. Syaratnya perlu menulis maklumat diri dalam buku yang disediakan.
Benar atau tidak wallahhua'lam. Mungkin rakan pembaca boleh berkongsi pengalaman di ruangan komen.
Apabila dapat melihat sendiri usaha masjid membantu masyarakat sekitar bagi meringankan beban, menyebabkan saya teruja untuk berkongsi di blog ini.
Semoga usaha ini dapat diteruskan sampai bila-bila demi kemaslahatan ummah.
Sekian. Terima kasih.
P/S : Alangkah bagusnya jika amalan murni ini dipraktikkan di seluruh masjid di Malaysia.
Tags:
Coretan Perawat