Amalan Pengubatan Yang Memesongkan Aqidah



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman.

Alhamdulillah masih sempat saya berkongsi kepada anda tentang topik kali ini iaitu amalan pengubatan yang memesongkan aqidah seseorang.

Jika anda sebagai pesakit dan masih tercari-cari rawatan Islam bagaimana yang mengikut syariat dan dalam yang masa anda ingin mengenal pasti contoh pengubatan bagaimana yang boleh memesongkan aqidah.

Walau bagaimana kesakitan yang kita hadapi sekali pun janganlah sesekali berani melanggar larangan yang Allah telah tetapkan. Sakit sebenarnya adalah ujian Allah. Sakit juga adalah pengampunan Allah. Bersyukurlah jika anda mengalami ujian kesakitan dan kepayahan dalam hidup. Namun jangan sesekali melanggar syariat yang telah ditetapkan.


Berikut adalah 8 ciri-ciri amalan pengubatan yang memesongkan Aqidah...

Apa yang penting dan perlu kita fahami adalah segala pengubatan bersifat spiritual yang TIDAK Islamik biasanya berkaitan dengan SIHIR.

1) Pergantungan kepada makluk halus

  • Jin sebagai perantara
  • Memberitahu sesuatu yang tersembunyi
  • Istilah khadam / pendamping
  • Jin meletakkan syarat yang WAJIB dipenuhi
  • Perjanjian antara bomoh dengan jin
  • Syarat berbentuk amalan, bacaan, ritual
  • Matlamat : Mensyirikkan manusia

2) Pembacaan JAMPI serapah yang berunsur syirik

  • Menyeru kehadiran makhluk halus / puja
  • Menyatakan permintaan dan harapan kepada jin
  • Bahasa yang TIDAK difahami
  • Kata-kata dusta yang tidak logik
  • Kata-kata LUCAH
  • Kadang-kadang dikaburi dengan penggunaan Basmalah, Berkat Lailaha illallah Muhammad Rasulullah

3) Penyalahgunaan ayat-ayat Al-Quran

  • Pengubahan tulisan asal ayat Al-Quran
  • Percampuran ayat Al-Quran dengan jampi
  • Membaca ayat Al-Quran secara terbalik (Qulhu Songsang)
  • Ayat Al-Quran dijadikan tangkal
  • Al-Quran ditulis dengan tulisan selain Arab

4) Pemakaian TANGKAL dan AZIMAT

"Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ilmu pengasih itu satu amalan syirik" 
(Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Mas'ud)

  • Diperbuat daripada kain, benang, kertas timah, tembaga yang bertulis ayat-ayat al-Quran, kalimah Allah, Muhammad dan lain-lain.
  • Biasanya bertulis wafak
  • Ada yang daripada bahan seperti kayu, bahan daripada binatang seperti taring harimau dan sisik tenggiling, batu (akik, tasbih) dan bahan logam (syiling lama, paku, jarum dan lain-lain)

5) Penggunaan bahan-bahan yang kotor dan najis sebagai ubat

  • Allah TIDAK meletakkan kesembuhan pada sesuatu yang haram
  • Sangat sinonim dengan amalan SIHIR
  • Contoh : Minum darah ular untuk sembuh penyakit asma.

6) Melakukan ritual tertentu

  • Penyembelihan - Memberi makan kepada jin
  • Pemujaan - Puja kubur, busut, patung, gambar
  • Perdupaan - Menyeru kehadiran jin
  • Menurun - Bomoh menjadi medium. Jin masuk ke dalam tubuh dan merawat pesakit

7) Melakukan sesuatu yang disyariatkan secara TIDAK betul

  • Kenduri doa selamat sebagai pemutus ubat
  • Berpuasa 14 hari berturut-turut
  • Bersedekah memberi makan 40 orang anak yatim. Semuanya dilakukan agar diberikan kebolehan merawat
  • Beramal dengan doa-doa tertentu untuk beroleh khadam.

8) Memperolehi ilmu pengubatan melalui mimpi

  • Mimpi tidak dapat dipastikan kebenaran melainkan mimpi berjumpa Rasulullah SAW
  • Ilmu yang biasanya dipindahkan melalui mimpi melibatkan saka keturunan (jin)
  • Biasanya makluk yang muncul dalam mimpi tidak dikenali namun berperwatakan alim.

Itulah 8 ciri-ciri amalan pengubatan yang memesongkan aqidah yang boleh kita jadikan panduan sebelum kita memilih perawat Islam yang mengikut syariat.

Semoga bermanfaat. Insyaallah. 

Jumpa lagi dipost yang lain. Wasallam

Sumber : Darul Muallij


Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama