Cara Jin Merasuk Ke Dalam Tubuh Manusia



Assalamualaikum para pembaca blog yang budiman. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.

Jin adalah salah satu makhluk ciptaan Allah yang tinggal di muka bumi ni. Sering kali kita mendengar kisah rasukan jin yang pelajar-pelajar sekolah terutamanya. Mengapa dan bagaimana cara jin merasuk ke dalam tubuh manusia ?

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma. Oleh kerana itulah jin dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian mana sekali pun.

Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah Subhanawata'la :



Maksudnya : " Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;"
(Surah Ar-Rahman ayat 15)

Dalam hal ini Ibn Abbas berkata : "Iaitu dari hujung nayalaan api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api".


Bagaimana cara jin merasuk ke dalam tubuh manusia ?


Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak. Melalui otak inilah dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia.

Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya.

Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

Sekian. Semoga bermanfaat.


~Ustaz Hassan ( Pengasas Pusat Rawatan Darul Muallij )~

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama