Alhamdulillah sebab saya masih boleh berkongsi lagi di blog Rawatan Islam DM bagi kawasan Telok Panglima Garang ini. Semoga setiap perkongsian memberi manfaat.
Baiklah..kali ini saya ingin berkongsi kepada anda cara merawat atau menghindar gangguan makhluk halus ataupun jin di tempat kediaman anda.
Perkongsian ini adalah daripada Tuan Guru Ustaz Hassan ( Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Muaalij ). Sila baca seterusnya.
Sebelum kita pergi kepada cara menghindar makhluk halus atupun jin di tempat kediaman anda, kita ketahui dahulu tanda-tanda rumah yang diganggui makhluk jin. Tanda-tandanya adalah seperti berikut.
- Sentiasa kedengaran seperti bunyi guli bertaburan seperti tik..tik..tiktiktiktik.
- Nampak kelibat lintasan di tempat kediaman.
- Sering kotor atau berdebu tanpa sebab. Kadang-kadang bau yang tidak menyenangkan.
- Sering ditindih ketika tidur.
- Panas atau sentiasa rimas kalau berada di rumah.
- Anak kecil kita sentiasa menangis di dalam rumah.
- Hilang barang atau duit TANPA sebab.
- Bunyi-bunyi yang aneh seperti memanggil nama atau tangisan.
Baiklah..sekarang saya terangkan cara bagaimana merawat rumah tersebut.
- Jangan biarkan rumah seperti kubur. Maknanya sepi dan gelap. Perdengarkanlah atau bacalah ayat-ayat suci Al-Quran sentiasa dan amalan berzikir di rumah.
- Amalkan sembahyang berjemaah.
- Amalan kebersihan rumah. Lebih-lebih lagi di ruang bilik dan tandas.
- Jangan lupa sekurang-kurangnya membaca Ayat Qursi, 3 Qul dan ayat Manzil.
- Amalkan makan berkeluarga dan membaca doa sebelum makan.
- Apabila balik ke rumah hendaklah sentiasa memberi salam, lebih-lebih lagi lewat maam atau balik dalam keadaan kotor atau letih. Sebaik-baiknya jangan terus tidur. Mandilah dulu.
- Sentiasa amalkan memperbanyakkan bacaan 3 Qul.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda. Yakinlah bahawa hanya Allah adalah sebaik-baik pelindung kita. Sekian. Wassalam.
Jika anda berminat anda boleh sertai Group Telegram Forum Darul Muallij untuk sama-sama berbincang tentang ilmu rawatan Islam. JOIN DI SINI !
Tags:
Rawatan Islam