Tanda Seseorang Mempunyai Saka



Assalamualaikum para pembaca budiman. Terima kasih kerana sudi membaca post dalam blog ini.

Alhamdulillah hari ini saya diberi keizinan Allah untuk berkongsi post tentang bagaimana mengetahui tanda seseorang mempunyai saka.

Berikut adalah 2 situasi yang boleh anda periksa ketika mana waktu tidur atau waktu jaga.

Perkongsian ini disediakan oleh Tuan Guru saya di Darul Muallij iaitu Ustaz Hassan (Pengasas Darul Muallij).

Berikut adalah senarainya..


(A) Gejala Pada Waktu Tidur

  1. Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah bersusah payah.
  2. Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut
  3. Mimpu buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
  4. Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
  5. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sebagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
  6. Bunyi gigi berlaga ketika tidur. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur. Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  8. Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
  9. Mimpi berada di tempat sunyi.
  10. Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilah sebagai hantu.
  11. Mimpi melihat budak kecil.
  12. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
  13. Mimpi melihat salib atau gereja. Mimpi bertemu paderi.
  14. Merintih dan menangis ketika tidur.

(B) Gejala Pada Waktu Jaga

  1. Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
  2. Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  3. Hilang ingatan dan mungkin menjadi gila.
  4. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa Arab, orang gila digelar 'majnun'. Majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.
  5. Sering lesu dan malas.
  6. Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
  7. Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
  8. Lenguh di sendi-sendi utama.
  9. Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
  10. Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
  11. Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
  12. Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian. Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
  13. Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
  14. Mudah marah dan panas baran.
  15. Emosional dan terlalu sensitif.

Anda boleh periksa untuk mengetahui seseorang itu mempunyai saka atau tidak melalui gejala-gejala di atas.

Semoga bermanfaat kepada anda. Insyaallah jumpa lagi di post yang lain.


P/S : Sekirannya anda ingin mendapatkan rawatan untuk membuang saka, insyaallah saya boleh ikhtiarkan dengan izin Allah. Sekian. Wasalam.

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama