BADI ! Adakah Ia Gangguan atau Tidak ?



Assalamualaikum kepada pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini.

Saya ingin berkongsi kepada anda tentang badi. Adakah ia gangguan atau tidak ?

Menurut kepercayaan turun menurun, istilah BADI ialah pengaruh gangguan di mana berpindahnya kejahatan makhluk halus dari seseorang yang telah meninggal dunia.

Istilah BADI bagi binatang pula digunakan kepada seseorang yang bersifat seperti monyet akibat dari berburu, memukul atau menembak monyet di hutan.

Begitu juga maksud yang sama digunakan untuk istilah :


  • Badi mayat
  • Badi monyet
  • Badi ular
  • Badi buaya
  • Badi jin
  • dan lain-lain

Sebenarnya, gangguan badi mayat adalah kesan gangguan jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk yang berdamping dengan seseorang yang telah meninggal dunia atau tipu daya makhluk ghaib yang sedang berkeliaran di sekitar kawasan jenazah.

Perlu diingatkan bahawa antara saat dan ketika jin mudah mengganggu dan memasuki ke dalam tubuh manusia ialah ketika manusia terlalu sedih, terlalu gembira, terlalu marah, terperanjat atau terlalu takut.

Justeru, istilah badi mayat digunakan bagi seseorang yang mendapat gangguan makhluk halus ketika berada dalam keadaan terlalu sedih, terperanjat atau takut apabila menziarah seseorang yang baru meninggal dunia.

Untuk pengetahuan anda, istilah BADI ini hanyalah sekadar pada 'perkataan' atau 'nama' yang diberikan oleh datuk nenek kita sejak zaman dahulu.

Hakikatnya, ia adalah penganiayaan dan tipu daya jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk yang mengambil kesempatan untuk mengganggu dan merosak aqidah umat manusia.

Kesemua ciri-ciri gangguan jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk adalah sama sahaja. Selagi kita sentiasa mendirikan yang wajib, perbanyakkan yang sunat, bertasbih dan berzikir kepada Allah, jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk ini tidak akan dapat mendekati kita.

Bagi seseorang yang mendapat gangguan badi tersebut, sila dapatkan rawatan dari pakar-pakar alternatif atau pakar yang arif tentang perubatan spiritual.

Wallahua'lam.


Sumber : DARULMUALLIJ



Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama