Ciri-Ciri Perawat Yang Meragukan dan TIDAK Ikut Syarie

Gambar : Lakonan filem


Assalamualaikum para pembaca budiman. Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan Allah untuk terus berkongsi ilmu dan kefahaman tentang rawatan Islam.

Pasti anda pernah terdengar atau mungkin anda pernah tertipu dengan perawat yang mengenakan caj perubatan yang diluar dari sepatutnya. Bukan saya persoalkan upah yang dikenakan tetapi jika caj upah yang dikenakan terlalu membebankan pesakit juga adalah satu masalah yang merosakkan nama perawat terutamanya mereka yang mengaku perawat Islam.

Sebagai pesakit yang sangat memerlukan rawatan mungkin mereka tidak kisah berapa caj dikenakan tetapi jika sebagai perawat yang meragukan lebih baik dielakkan.

Berikut saya kongsikan ciri-ciri perawat yang meragukan dan tidak ikut syarie.

  1. Perawat melihat JIN
  2. Perawat boleh scan penyakit
  3. Perawat scan melalui nama/gambar. Anda mahu kami analisa anda ada gangguan atau tidak ? Isi borang DI SINI !
  4. Perawat mula merawat pada tengah malam (12 malam)
  5. Perawat menggunakan kain batik, pelikat atau warna tertentu untuk syarat perubatan bukan untuk tujuan menutup aurat pesakit)
  6. Perawat menyatakan telah membunuh jin
  7. Perawat 'menurun'
  8. Perawat merawat berduaan dengan berlainan jantina
  9. Perawat menyuruh melakukan perkara maksiat (zina, merokok dan lain-lain)
  10. Perawat memuja sesuatu semasa rawatan
  11. Perawat membekalkan tangkal/wafak/azimat/batu cincin/minyak pengasih/buluh perindu dan lain-lain
  12. Perawat meminta sembelihan/korban/kenduri sebagai syarat perubatan
  13. Perawat menggunakan kemenyan, asap, limau dipotong dan dicampakkan
  14. Perawat menggunakan/meminta tolong pada 'nabi'/'wali'/'orang alim' yang telah meninggal dunia
  15. Perawata mengarahkan malaikat
  16. Merawat jarak jauh
  17. Merawat menggunakan jurus (pasak bumi dan lain-lain)
  18. Perawat menggunakan tenaga dalaman (aura)
  19. Merawat menggunakan tenaga suci, roh suci atau seumpama
  20. Alih telur
  21. Alih penyakit pada haiwan
  22. Alih jin kepada pembantu perawat (untuk tujuan dirasuk)
  23. Bedah batin



Pernah kenalan, saudara, keluarga anda ataupun anda sendiri mendapatkan rawatan dari perawat yang memiliki ciri-ciri di atas ?

Jika pernah, sebaiknya lakukan solat sunat taubat meminta keampunan sekiranya kita melakukan syirik tanpa disedari. Nau'zubillahiminzalik.

Nasihat saya, berjumpa perawat Islam yang benar-benar mengikut syarie.

Sekian. Wasallam.


Sumber : DARULMUALLIJ

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama