Cara Menggunakan CD/MP3 Ruqyah Syari'yah



Assalamualaikum rakan pembaca blog ini sekalian. Terima kasih kerana sudi singga ke blog ini. Semoga ada manfaatnya untuk anda dan keluarga anda.

Alhamdulillah kerana Allah masih memberi saya ruang masa untuk saya terus berkongsi ilmu rawatan Islam melalui medium blog ini agar masyarakat faham tentang rawatan Islam yang sebenar.

Baiklah, pada post kali ini saya ini berkongsi cara praktikal bagaimana menggunakan CD/MP3 Ruqyah.

Kebanyakan pesakit mutakhir hanya yakin dengan memasang CD/MP3 Rukyah akan dapat menyelesaikan masalah gangguan di rumah dan penghuni rumah. Sebagai peringatan bersama kita tidak harus meletakkan keyakinan bahawa CD/MP3 Rukyah boleh menghalau jin yang mengganggu, dikhuatiri apabila berlaku sesuatu yang diluar jangkaan akan menyalahkan Allah kerana 'ketidak poweran' ayat rukyah.

Seharusnya kita meletakkan keyakinan kepada Allah dan hanya takut kepada Allah semata-mata disamping mengharapkan bantuan dari Allah.

Pernah saya terdengar cerita dari sahabat saya sendiri yang memasang CD rukyah di rumah kerana diyakini ada penghuni tak diundang dalam rumah. Setelah sekian lama memasang, apabila bangun tidur CD dan radio terpadam dan rosak tanpa mengetahui punca kerosakan.

Anda bayangkan bagaimana CD dan radio boleh rosak secara tiba-tiba jika tiada sebab musabah yang mungkin tak masuk dek akal.

Cara Menggunakan CD/MP3 Ruqyah Syari'yah

Berikut adalah beberapa cara menggunakan CD/MP3 rukyah syari'ah

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan di dalam rumah / premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin. dilarang memasangnya di dalam kereta. Kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak menangis diwaktu malam. anda perlu pasangkan dengan kuat. InsyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral. Buka penutupnya dan pasangkan CD/MP3 rukyah 3 round sebelah air tadi (kira-kira 1 jam 20 minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3 kali sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayatul qursi 3 kali dan Al-Insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, CD/MP3 rukyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.

6) Jika mengalami masalah malas dan badan terasa penat, perdengarkan CD/MP3 rukyah ini 3 kali sehari. InyaaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.


Itulah sebahagian cara menggunakan CD/MP3 ruqyah syari'yah sebagai salah satu jalan ikhtiar.

Kita hanya berikhtiar...kesembukan milik ALLAH.

Semoga bermanfaat kepada anda. Selamat beramal. Sekian.

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama