Ramai yang salah faham perbezaan antara Saka dan Sihir. Ada yang kata tiada beza antara kedua-duanya dan sebahagian yang lain mengatakan ia berbeza. Kefahaman setiap orang bergantung kepada pengalaman dan ilmu yang dipelajari daripada mereka yang mahir dalam ilmu rawatan Islam.
Sama ada Saka atau Sihir, kedua-duanya berpunca dari gangguan jin. Terdapat banyak persamaannya kecuali beberapa perkara...
Asal usul Jin
Jin saka biasanya datang dari keluarga atau keturunannya sendiri. Tetapi ada juga berpunca dari perkara yang lain. Sedangkan jin sihir datangnya dari kiriman orang lain.
Gangguan jin saka sudah bermula sejak sekian lama, malah ada yang sejak bayi atau sejak ia masih dalam kandungan lagi. Sedangkan jin sihir itu adalah jin yang baru atau tiba-tiba datang kepada pesakit.
Jin saka itu berpindah kepada orang yang paling rapat dan disayangi tuannya. Sedangkan jin sihir itu ditujukan kepada orang dibenci oleh seseorang lain.
Sasaran
Jin saka biasanya memilih bakal tuan barunya. Sedangkan jin sihir biasanya datang kepada orang yang diperintahkan kepadanya.
Jin saka lebih cenderung mengganggu semua orang dalam satu keluarga. Sedangkan jin sihir lebih cenderung menganggu seseorang yang telah ditetapkan.
Jin saka akan masuk ke tubuh siapa sahaja yang dapat ditembusinya. Sedangkan jin sihir lebih cenderung tetap kepada seorang.
Bentuk Gangguan atau Serangan
Jin saka akan berpindah pada seseorang mungkin atas dasar kasih sayang yang mendalam atau perjanjian. Sedangkan jin sihir akan datang pada seseorang dengan maksud mahu menyeksa atau membunuh.
Pada peringkat awal gangguan saka akan lebih tertumpu kepada gangguan fikiran dan perasaan. Sedangkan jin sihir akan menimbulkan gejala kerasukan dan kesakitan.
Gangguan jin saka kadang-kadang menjadikan seseorang itu mempunyai kelebihan-kelebihan luar biasa seperti nampak jin, menilik, bersilat sendiri, mengurut, mengubat dan sebagainya. Sedangkan gangguan jin sihir kerap menjadikan seseorang itu menanggung penyakit luar biasa.
Gangguan jin saka kadang-kadang tak menimbulkan sebarang gejala penyakit tapi menimbulkan berbagai bentuk tekanan pada fikiran dan perasaan seperti mudah buntu dan bingung, selalu runsing, risau, takut, marah, malu dan sebagainya tanpa sebab yang munasabah (termasuk berbagai perangai atau akhlak buruk). Sedangkan gangguan sihir biasanya menimbulkan berbagai gejala penyakit fizikal.
Sering gangguan jin saka itu 'mencengkam' seseorang dalam keadaan yang tenang dan orang lain tak menyedarinya. Sedangkan jin sihir itu akan datang dalam suatu keadaan di mana seseorang itu rasa diserang.
Kadang-kadang jin saka itu tak tahu ia menyusahkan atau menganiaya tuannya. Sedangkan jin sihir itu memang bermaksud menganiaya malah mungkin bertujuan membinasakan.
Jin saka itu biasanya tetap pada tuan dan keluarganya dengan maksud nak menjaga. Sedangkan jin sihir itu tetap dengan maksud menganiaya sekeluarga terutama sekiranya kiriman sihir itu bertujuan membalas dendam atau nak menghalau sekeluarga daripada sesuatu tempat.
Seringkali gangguan saka itu bentuknya sangat halus sehinggakan seseorang itu tak percaya ia ada gangguan jin saka. Sedangkan gangguan jin sihir biasanya akan memberi kesan yang sangat jelas adanya gangguan makhluk halus.
Sebahagian jin saka akan mempertahankan tuannya daripada serangan jin lain termasuk oleh jin sihir. Sedangkan jin sihir biasanya akan datang berkumpulan iaitu sebahagian tak ada kena mengena tapi sengaja mengambil kesempatan 'menumpang sekaki'.
Jin saka biasanya akan membisikkan seseorang nasihat-nasihat yang baik (tapi ikhlas tak ikhlas itu lain cerita...tau sajalah kalau dah jin. Biasanya akan sampai masanya nasihat itu akan menjadi hasutan). Sedangkan jin sihir biasanya akan membisikkan apa saja yang akan mematahkan semangat seseorang.
Jin saka akan mencari tubuh baru dari kalangan ahli keluarga sebagai ganti jika tuannya meninggal dunia. Sedangkan jin sihir akan pergi sebaik saja ia selesai melaksanakan tugasnya (itu pun tak semua)
Kebanyakan saka akan menimbulkan masalah seperti menghalang tuannya berkahwin atau menghancurkan rumah tangganya atau menghalang daripada mendapat anak dan sebagainya. Sedangkan jin sihir lebih menumpukan kepada penyakit kecuali ia adalah jin sihir penangkal atau pemisah dan sebagainya.
Wallahua'lam
Sumber : DARUL MUALLIJ
Tags:
Rawatan Islam
Assalamualaikum sy byk mengalami gangguan jin sihir tapi perawat saya mengatakan sy bukan di sihir. Kadang saya keliru. Saya mengalami sakit kepala yg teramat sakit. Sentiasa mengantuk . Rasa tubuh hilang kawalan. 24 jam saya merasai dalam tubuh saya tersiksa. Kadang dada terasa panas boleh katakan dari hujung rambut ke hujung kaki saya mengalami kesakitan
BalasPadamBoleh diikhtiarkan. InsyaAllah
PadamWaalaikumussalam. Perlu di analisa lebih dalam lagi. Bagi perawat Islam yang benar, takkan semudahnya mengatakan sihir atau saka sebab dikhuatiri jatuh fitnah. Itu lebih bahaya daripada berdiam diri.
BalasPadamSaya nasihatkan puan lebih fokus kepada amalan, perbanyakkan istighfar 1,000 kali sehari, selawat 1,000 agar dipermudahkan semua urusan kesembuhan. Insya Allah. Pasti ada jalannya.
Jangan mudah berputus asa !