Rawatan Syifa' Untuk Masalah Mata Rabun



Assalamualaikum para pembaca blog Rawatan Islam DM Telok Panglima Garang. Perkongsian khas dari Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin) tentang cara untuk merawat mata rabun menurut kaedah Islam.

Menurut beliau kaedah rawatan yang dikongsikan ini telah berjaya dengan izin Allah menyembuhkan masalah rabun yang dialami selama 30 tahun kepada seseorang yang mengamalkan doa dan amalan di bawah ini. Alhamdulillah dalam masa 6 bulan power cermin matanya 600 dikedua-dua belah telah turun dan boleh melihat tanpa menggunakan cermin mata.


Kaedah dikongsikan oleh Ustaz Amin ini telah diijazahkan oleh seorang ulama' di Mekah kepada beliau dan dikongsikan kepada mereka yang ingin mengamalkannya.

Berikut adalah kaedah rawatannya :

  1. Rapatkan kedua ibu jari tangan seperti gambar di atas ini.
  2. Selawat 3 kali - Allahumma Solli'ala Muhammad Wa'ala ali Muhammad
  3. Baca 3 kali ayat ini - La ilaha illallah Nurul'ain Muhammadur Rasullah Qurratu'ain
  4. Tiupkan pada jari dan gosokkan sendi jari pada mata dari dalam ke luar. Kemudian baca lagi pada jari Surah Qaf ayat 22 (mulakan dari Fakasyafna...) dan sapukan pada mata sekali lagi.


(Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".


Bagi anda untuk lebih mudah faham, anda boleh tonton video perkongsian Ustaz Amin sendiri di akaun YouTube beliau sendiri.




Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. InsyaAllah. Aaminn

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama