Assalamualaikum para pembaca blog ini. Ramadhan semakin hampir. Ketika post ini direkod, ai bertarikh 5 May 2019 bersamaan 29 Syaaban 1440H. Hari ni adalah tarikh menentukan anak bulan Ramadhan. Jika nampak anak bulan, insyaAllah maka berpuasalah kita sebagai umat Islam di Malaysia di bulan Ramadhan.
Artikel tentang "Kenapa gangguan makhluk halus juga berlaku di bulan Ramdhan?" ini adalah perkongsian dari pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Muallij, Tuan Guru Ustaz Hassan.
Kenapa Gangguan Makhluk Halus Berlaku di Bulan Ramadhan ?
RAMADHAN KAREEM…..Alhamdulillah kita dalam bulan ramadhan almubarak ,begitu teruja dan gembira dengan suasana dan ganjaran pahala yang kita akan kutip insyaallah…
Disini ustaz ingin ulas tentang rawatan dibulan yang mulia ini,kerana bulan ramadhan kebanyakkan mereka umum mengetahui gangguan makhluk halus tidak akan berlaku disebabkan hadith rasulullah :
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
“Apabila Ramadhan tiba, pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup, dan setan pun dibelenggu.”
(HR. Bukhari no. 1899 dan Muslim no. 1079)
Dalam lafazh lain disebutkan,
إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ
“Jika masuk bulan Ramadhan, pintu-pintu rahmat dibukan, pintu-pintu Jahannam ditutup dan setan-setan pun diikat dengan rantai.”
Dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, memang benar terdapat hadith yang disebut dengan lafaz Syaitan dibelenggu/diikat dalam bulan Ramadhan.
Mengikut penjelasan Imam An-Nawawi (pengarang kitab Syarah Sahih Muslim), lafaz dari hadith berkaitan Syaitan dirantai atau diikat itu berbentuk 'majaz' atau simbolik.... bermaksud godaan Syaitan itu dikekang.
Namun, Imam An-Nawawi juga tidak menolak kemungkinan memang Syaitan benar-benar diikat. Ada Ulama yang menjelaskan, yang diikat hanya Syaitan yang kuat, yang durjana yang memberontak dan melakukan kerosakan yang besar-besar.
Ini berdasarkan hadith Riwayat At-Tirmidzi yang mempunyai lafaz berikut:
ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺃَﺑُﻮ ﻛُﺮَﻳْﺐٍ ﻣُﺤَﻤَّﺪُ ﺑْﻦُ ﺍﻟْﻌَﻼَءِ ﺑْﻦِ ﻛُﺮَﻳْﺐٍ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺃَﺑُﻮ ﺑَﻜْﺮِ ﺑْﻦُ ﻋَﻴَّﺎﺵٍ ﻋَﻦْ ﺍﻷَْﻋْﻤَﺶِ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﺻَﺎﻟِﺢٍ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ﻗَﺎﻟَﻘَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺇِﺫَﺍ ﻛَﺎﻥَ ﺃَﻭَّﻝُ ﻟَﻴْﻠَﺔٍ ﻣِﻦْ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ ﺻُﻔِّﺪَﺕْ ﺍﻟﺸَّﻴَﺎﻃِﻴﻦُ ﻭَﻣَﺮَﺩَﺓُ ﺍﻟْﺠِﻦِّ ﻭَﻏُﻠِّﻘَﺖْ ﺃَﺑْﻮَﺍﺏُ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻓَﻠَﻢْ ﻳُﻔْﺘَﺢْ ﻣِﻨْﻬَﺎ ﺑَﺎﺏٌ ﻭَﻓُﺘِّﺤَﺖْ ﺃَﺑْﻮَﺍﺏُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ﻓَﻠَﻢْ ﻳُﻐْﻠَﻖْ ﻣِﻨْﻬَﺎ ﺑَﺎﺏٌ ﻭَﻳُﻨَﺎﺩِﻱ ﻣُﻨَﺎﺩٍ ﻳَﺎ ﺑَﺎﻏِﻲَ ﺍﻟْﺨَﻴْﺮِ ﺃَﻗْﺒِﻞْ ﻭَﻳَﺎ ﺑَﺎﻏِﻲَ ﺍﻟﺸَّﺮِّ ﺃَﻗْﺼِﺮْ ﻭَﻟِﻠَّﻪِ ﻋُﺘَﻘَﺎءُ ﻣِﻦْ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻭَﺫَﻟﻚَ ﻛُﻞُّ ﻟَﻴْﻠَﺔٍ ﻗَﺎﻝَ ﻭَﻓِﻲ ﺍﻟْﺒَﺎﺏ ﻋَﻦْ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺑْﻦِ ﻋَﻮْﻑٍ ﻭَﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ ﻭَﺳَﻠْﻤَﺎﻥَ
Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib Muhammad bin 'Ala' bin Kuraib telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin 'Ayyasy dari A'masy dari Abu Salih dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Pada malam pertama dari bulan Ramadhan, diikat syaitan-syaitan dan jin-jin yang sangat jahat (yang kuat memberontak, sangat derhaka), ditutup pintu-pintu neraka tidak ada satupun pintu yang terbuka, dan dibuka pintu-pintu syurga tidak ada satupun pintu yang tertutup, serta seorang penyeru menyeru, wahai yang mengharapkan kebaikan bersegeralah (kepada ketaatan), wahai yang mengharapkan keburukan/maksiat, berhentilah.
*kata akar untuk kalimah ﻣَﺮَﺩَﺓُ adalah sama dengan kata akar مَّارِدٍ yang bermakna yang kuat memberontak atau sangat derhaka.
Surah As-Saaffat, ayat 7
وَحِفْظًا مِّن كُلِّ شَيْطَانٍ مَّارِدٍ
.."dan telah memeliharanya dari setiap syaitan yang sangat derhaka."
Oleh itu ,gangguan dibulan ramadhan tetap berlaku disebabkan jin dan kita semua maklum jin ada dua golongan . Golongan jin islam sama seperti manusia yang dkenakan taklifan kewajipan sebagai hamba allah yang muslim dengan solat,puasa ,zakat dan sebagainya, manakala jin kafir golongan yang sentiasa ingin mencetuskan /memecahbelahkan manusia jauh dari alla swt….
Dan satu golongan lagi sentiasa ingin memudharatkan sesama kita iaitu dikalangan kita , manusia menyihir manusia samada ada dikalangan ahli keluarga,sahabat handai,staff dan sebagainya. Tetap ingin melihat orang ingin dikhianati sakit dan sengsara disebabkan HATI SUDAH MENJADI HITAM…..Sebagai hamba Allah teruskan dengan amalan dan sabar dalam ujian
Fasabrun jamil …
WAllahu a'lam
Ustaz Hassan
Darul Muallij
P/S : Nak sertai Forum kami di Telegram - KLIK SINI !
Tags:
Darul Muallij