Juruterapi bertauliah KKM · Berdaftar i-Syifa' Telok Panglima Garang · Banting · Klang — Temujanji sahaja
Darul MuallijRawatan Islam · Telok Panglima Garang

Kelebihan Terapi Bekam

Azeri-Muallij · Juruterapi bertauliah KKM — min bacaan
Assalamualaikum para pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Saya ingin berkongsi kepada anda tentang beberapa kelebihan mengamalkan bekam atau dalam bahasa arab di sebut Al-Hijamah.


Mungkin anda masih tertanya-tanya apa kelebihan anda berbekam. Berikut saya kongsikan kelebihan berbekam.


  • Bekam adalah amalan sunnah Rasulullah. Jika kita berniat mengamalkan, maka kita telah mengamalkan satu sunnah. MasyaAllah.
  • Membantu melancarkan peredaran darah.
  • Mengeluarkan darah kotor, toksik, darah beku, buang angin dalam badan.
  • Meringankan otot-otot yang kejang dan tegang, menyegarkan dan menyihatkan badan.
  • Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit kencing manis/diabetes) dengan syarat-syarat tertentu.
  • Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit gout)
  • Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah (untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan dan masalah jerawat).
  • Elakkan makhluk halus menjadikan badan keturunan Nabi Adam sebagai tempat tinggal.
  • Membuang racun dari akibat disihir
  • dan banyak lagi kelebihan...

Saya sarankan berbekam diniatkan sebagai amalan sunnah, pahala diperolehi, kesihatan dinikmati. InsyaAllah.

Sudahkah anda berbekam ?


Azeri Muallij
Ditulis oleh Azeri-Muallij

Perawat Darul Muallij Telok Panglima Garang. 10 tahun mengamalkan rukyah syar'iyyah. Juruterapi bertauliah KKM dan berdaftar i-Syifa'.

Ulasan