Bagi yang susah nak dapat anak (mengandung), mungkin anda boleh cuba petua ini.
Mungkin ini salah satu jalan ikhtiar yang Allah izinkan untuk anda mendapat anak. InsyaAllah.
Begini petuanya...
1) Ambil segenggam kacang hijau. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge, kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnya kepala taugeh). Air rendaman itu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
2) Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
3) Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
4) Rebus tauge itu dengan 2 gelas air, kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
5) Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh, tapis dan ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas)
6) Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
7) Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawannya yang lain yang turut mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.
Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakkal pada Allah. Berdoalah banyak-banyak. Semoga dipercepatkan menimang cahaya mata.
Sekian.
Us Hassan
Darul Muallij
PERHATIAN ! Sekiranya anda ingin pelbagai lagi tentang ilmu rawatan Islam dan petua-petua seperti ini, jom sertai Forum Darul Muallij di Telegram - KLIK SINI !
Tags:
Rawatan Melayu