Pengalaman Merawat Pesakit Senggugut Teruk...Sembuh Dengan Izin Allah



Alhamdulillah.

Itulah ungkapan yang mampu saya ucapkan ketika menulis post di blog ni.

Pesakit yang mengalami sakit senggugut yang teruk sehingga tak mampu bergerak melainkan mengerekot menahan sakit seorang diri. Nak bangun sendiri pun cukup sukar.

Jangan pandang mudah apabila penyakit ini datang menyerang. Jika dibiarkan sakit berlanjutan senggugut berpotensi menjejaskan sistem peranakan.

Berbalik kepada masalah pesakit tadi, beliau telah mengalami kesakitan ini selama lebih 2 tahun. Macam-macam rawatan pesakit telah diikhtiarkan, rawatan moden dan alternatif. Ia akan berlaku setiap kali datang bulan.

Mula Dengan Rawatan Rukyah

Prinsip yang diajar oleh Darul Muallij kepada semua semua perawatnya adalah memulakan dengan analisa pesakit terlebih dahulu. Ini merupakan satu proses untuk mengenalpasti punca penyakit.

Dari penelitian melalui borang yang telah diisi oleh pesakit menunjukkan terdapat tanda-tanda gangguan sihir. Antara tanda-tanda adalah melalui kesakitan yang dialami adalah sama waktunya. Akan kembali kepada normal setelah hampir kepada waktu subuh.

Kemudian pesakit pernah bermimpi binatang berbisa dan bayi. Walaupun mimpi menurut ahli sunnah wal jamaah tidak boleh dijadikan hujah, namun melalui mimpi ia dapat membantu perawat untuk lebih mudah mengenali punca penyakit.

Sesi terapi rukyah pun bermula.


Apa Perasaan Pesakit

Setelah terapi rukyah dilakukan, pesakit merasa ada sesuatu yang bergerak dari pinggang kiri dan turun ke kaki kiri. Wallahua'lam apakah tandanya tu.

Tetapi menurut pengalaman saya, ia merupakan tanda gangguan jin yang selama ini berada di bahagian rahim mungkin ingin bergerak keluar dari tubuh pesakit.

Pesakit terasa bila sejurus saya memberi ugutan akan meneruskan bacaan ayat-ayat azab sekiranya apa jua jenis makhluk jin yang berada dalam tubuh pesakit tidak mahu keluar dari tubuh pesakit.

Selesai sesi rukyah, pesakit terasa badan lebih ringan. Pesakit berasa lebih baik dari sebelum ni.

Rawatan Dalaman Untuk Penyakit Senggugut

Sejurus selesai rawatan terapi rukyah, saya turut berkongsi kaedah rawatan dalaman bagi penyakit senggugut sebagai amalan.

Anda juga boleh amalkan menghadapi penyakit yang sama.

Kaedah ini juga boleh diamalkan bagi penyakit seperti haid tidak teratur, cist dan bleeding.


Kaedah rawatan senggugut

Bahan-bahan :-

1 biji buah Delima 
  • dipotong dua, kemudian diambil sarangnya sahaja...buahnya tidak perlu
  • direbus dalam mangkuk meggi sehingga keluar air rebusan
  • dibuat minum untuk 1 cawan untuk pagi, 1 cawan untuk petang dan 1 cawan untuk malam.

Sebelum minum dibacakan ayat berikut :

  • Al-fatihah
  • 3 Qul
  • Ayat Qursi
  • Surah Ali Imran ayat 200
  • Surah Yusof ayat 4
  • Surah Toha ayat 1~5
  • Surah Al-Insyirah
Dibuat selama 21 hari...bermakna 21 biji buah Delima digunakan.


Keputusan Selepas Rawatan

Alhamdulillah wal hasil dari rawatan terapi rukyah, mandian ais limau dan kaedah buah delima ini, masalah sakit senggugut sembuh dengan izin Allah.

Saya doakan semoga pesakit terus sembuh dan sihat walafiat. Aamin

Sampai di sini dulu perkongsian pengalaman saya merawat. Semoga sedikit sebanyak membantu anda. 

Jangan lupa kongsikan kepada ahli keluarga, rakan dan jiran tetangga anda sekiranya post ini bermanfaat. Sekian. Wasallam.


"Kita hanya ikhtiar, Kesembuhan milik Allah"

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama