Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk berkongsi serba sedikit ilmu perubatan Islam kepada para pembaca sekalian.
Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda 9 tanda-tanda terkena sihir pemisah rumah tangga. Kebanyakan masalah yang sering diadukan kepada saya adalah tentang masalah rumah tangga. Suami kemaruk cinta si janda, isteri curang, suami bercinta dengan wanita seberang dan macam-macam lagi.
Bagaimana bahagia sesebuah keluarga itu, lambat laun akan diuji oleh Allah. Sebagai hamba yang beriman kita perlu yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Saya tak nafikan punca berlakunya penceraian disebabkan sihir pemisah, namun tak kurang juga berlakunya penceraian kerana masalah perhubungan, kualiti komunikasi dan lain-lain.
Semuanya berlaku adalah ketentuan Allah. Kita sebagai orang Islam WAJIB percaya kepada Qada dan Qadar Allah.
Disebabkan kadang-kadang ada sesetengah pesakit yang tidak faham bagaimana untuk mengenali sihir pemisah rumah tangga ini. Berikut adalah 9 tanda tersebut.
Sumber : PerawatIslam.com
9 Tanda Terkena Sihir Pemisah Rumah Tangga
1) Suami atau isteri atau kedua-duanya sudah kehilangan minat untuk melakukan hubungan batin. Jika berlaku pun kemungkinan mereka tidak dapat menikmati nikmat sama sekali.
2) Suami atau isteri akan berasa rimas, rasa tidak tenang, panas apabila berada di dalam rumah. Tetapi apabila keluar dari rumah perasaan itu hilang serta merta.
3) Suami atau isteri akan merasa tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
4) Suami atau isteri akan melihat wajah pasangannya nampak buruk, hodoh dan menakutkan.
5) Suami atau isteri akan mudah melenting sehingga menimbulkan kemarahan pergaduhan yang kadang-kadang membawa kepada penceraian walaupun pergaduhan itu hanya berpunca dari perkara yang kecil.
6) Suami sangat ringan mulut (mudah hilang sabar) untuk melafazkan cerai manakala isteri pula ringan mulut untuk meminta cerai daripada suami apabila berlakunya pergaduhan kecil.
7) Suami atau isteri akan mula sering mengalami mimpi-mimpi buruk dan menakutkan.
8) Suami atau isteri akan selalu melihat adanya kelibat yang melintas atau berkeliaran sama ada di dalam rumah ataupun di luar kawasan rumah.
9) Suami atau isteri akan sering mengalami masalah kesihatan yang tidak diketahui punca-puncannya seperti sakit kepala yang teramat sangat, sakit di perut, tangan kaki ataupun mana-mana bahagian anggota tubuh yang lain.
Dapatkan Rawatan Seberapa Segera
Sekiranya anda mengalami lebih daripada 3 tanda di atas, saya nasihatkan carilah perawat yang berkemahiran untuk membatalkan sihir pemisah rumah tangga. Matlamat syaitan mengganggu rumah tangga adalah penceraian. Mereka paling suka melihat kehidupan rumah tangga orang-orang beriman hancur berbanding orang yang tidak beriman.
Langkah pencegahan perlu dilakukan sekiranya anda belum diuji seperti pertingkatkan amalan seperti istiqamah mengaji Al-Quran, bersedeqah, puasa sunat dan apa jualan amalan yang diajar oleh Nabi Muhammad Shollallahua'laihi wasallam.
Baiklah...cukuplah setakat ini perkongsian saya untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Sekian. Terima kasih. Jumpa lagi.