Alhamdulillah masih lagi dikurniakan kesempatan untuk berkongsi kepada anda ilmu rawatan yang saya sendiri amalkan iaitu Koryo Hand Therapy (KHT) ataupun dalam bahasa melayu Terapi Tangan Korea.
Kali ini Presiden KHT Malaysia ataupun PERPAKMA (Pertubuhan Pengamal Akupuntur Korea Malaysia) yang bernama Ustaz Abdul Manaf Rosdi atau dikenali sebagai Uncle J di Facebook telah mengeluarkan ebook penulisan pertama beliau tentang panduan cegah dan rawat serangan jantung menggunakan kaedah KHT.
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada rakan pengunjung blog ini kerana manfaat yang unik saya sendiri telah rawat diri saya sendiri ketika terkena frozen shoulder. Saya terkejut dan alhamdulillah penyakit sembuh dengan izin Allah.
Ini adalah gambar ebook muka depan Ebook Cegah dan Rawat Serangan Jantung Kaedah Terapi Tangan Korea. Kalau anda nak dapatkan ebook ini, sila dapatkan selagi masih sah KAT SINI !
Kenapa Jantung ?
Jantung adalah organ terpenting dalam tubuh manusia. Tugas jantung adalah mengepam dan mengalirkan darah dengan mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.
Jantung tidak pernah berhenti mengepam darah walaupun ketika kita sedang tidur. Ia akan berhenti berfungsi sekiranya Allah menghendaki ia berhenti pada bila-bila masa yang Allah suka.
Kita perlulah mengambil tahu betapa organ ini perlu dipelihara sebaik mungkin.
Sebab lain kenapa jantung perlu dijaga dengan baik adalah kos untuk pembedahan jantung menelan belanja yang cukup tinggi. Disebabkan penyakit jantung juga merupakan penyakit terbesar yang menyumbang kepada kematian rakyat Malaysia berdasarkan statistik pada tahun 2019, langkah mencegah perlulah kita lakukan.
Ebook KHT Cegah dan Rawat Serangan Jantung
Usaha penulis ebook ini berdasarkan pengalaman luas dalam bidang rawatan komplimenteri menjadi beliau mempunyai kredibiliti yang tersendiri.
Saya kongsikan serba sedikit latar belakang penulis ebook ini agar anda yakin untuk turut sama belajar cara bagaimana mencegah dan merawat sedangan jantung melalui kaedah rawatan Koryo Hand Therapy.
Nama Penuh : Abdul Manaf Rosdi
Memegang jawatan Presiden :
1) Pertubuhan Pengamal Akupuntur Korea Malaysia (PERPAKMA)
2) Pertubuhan Pengamal Hipnoterapi Malaysia (PERPEHIM)
Profesi beliau :
- Pensyarah Bahasa Arab (UiTM 2010)
- Penasihat Pusat Rawatan Islam Baitul Mustaqim (PRIBIMA)
Pendidikan / Kelayakan :
- Ijazah Sarjana Muda (Fiqh wa Usuulih - UIAM
- Sijil Kemahiran Malaysia - Tahap Tiga (3) - Terapi Bekam Angin
- Sijil Kemahiran Malaysia - Tahap Tiga (3) - Terapi Urutan
Itulah serba sedikit latar belakang penulis ebook ini.
Perjuangan beliau dalam bidang rawatan KHT ini harus disokong perawat melayu Islam khususnya.
Bagi anda yang mungkin ingin merawat sendiri ebook ini juga sesuai untuk anda belajar dan amal. Ia sangat mudah untuk dipraktikkan. Hanya merawat bahagian tapak tangan sahaja dengan menyasarkan pada point-point tertentu boleh merawat pelbagai penyakit. InsyaaAllah.
Ebook diwujudkan khas untuk mereka tercari-cari cara untuk mencegah dan merawat dari terkena serangan penyakit jantung.
Mungkin ini hanyalah pilihan ilmu untuk anda cuba praktikkan. Tetapi percayalah kos rawatan yang diperlukan sangat murah melalui kaedah KHT. Tak cuba tak tahu !
Apa Isi Kandungan Ebook ini ?
Ebook ini menfokuskan kepada organ jantung. Walaupun hanya untuk jantung, ebook ini juga menerangkan serba sedikit sejarah bagaimana wujudnya kaedah rawatan KHT ini. Semestinya ia bermula di Korea dan diasaskan oleh Dr Yoo yang juga merupakan pakar akupuntur di Korea.
Terdapat sejumlah 21 Bab bersamaan 103 muka surat penuh dengan penulisan dan perkongsian ilmu KHT.
Selain sejarah KHT, penulis juga menerangkan secara santai untuk orang awam faham tentang apakah itu Terapi Tangan Korea dan Rahsia terapi tangan dan kaitan merawat penyakit jantung.
Penulis juga menyentuh 3 jenis terapi yang ada dalam KHT iaitu Terapi Kesepadanan, Terapi Dasar dan Terapi Jalur Tenaga. Kesemuanya ini telah disentuh di dalam ebook yang cukup bermanfaat ini.
Penulis juga turut berkongsi cara bagaimana menentukan lokasi titik khas untuk jantung dan banyak lagi ilmu tentang rahsia KHT khususnya untuk penyakit jantung.
Harga yang ditawarkan ketika saya menulis post ini ialah sebanyak RM59 sahaja.
Pada saya ia satu pelaburan yang cukup berbaloi untuk anda rawat sendiri jantung anda demi kebahagian diri anda. Kita tak pasti bilakah jantung kita akan berhenti bekerja. Selagi kita ikhtiar, insyaAllah pasti ada ganjaran yang Allah sediakan kelak.
Berminat ?
Mungkin anda adalah seorang juruterapi rawatan komplimenteri yang berminat untuk mendapatkan ebook yang julong kali diadakan ini ataupun mungkin anda merupakan salah seorang pesakit jantung yang telah tahu serba sedikit maklumat tentang ilmu rawatan KHT tetapi tak tahu bagaimana KHT boleh membantu merawat penyakit jantung, anda boleh dapatkan ebook tersebut DI SINI !
Saya tak pasti harga yang saya sebutkan pada perenggan di atas masih dalam tawaran ataupun mungkin harga telah dinaikkan, anda boleh periksa dulu tawarannya sekarang.
Semoga bermanfaat kepada anda. Jumpa lagi pada post yang lain. InsyaAllah.