Assalamualaikum dan salam hormat. Terima kasih kerana sudi singgah blog ini. Kali ini saya kongsikan kepada anda 9 khasiat limau nipis yang anda boleh amalkan.
Antara amalan selepas rawatan rukyah :
1. Merawat penyakit darah tinggi
2. Menurunkan berat badan
3. Untuk suara menjadi merdu.
4. Mengatasi kurang darah.
5. Mengempiskan perut.
6. Melembutkan tangan dan muka.
7. Kalau batuk kuat.
8. Ramuan memulihkan syawat.
9. Ramuan mandi.
Bagi suri rumah pula, buah limau nipis sudah tidak asing kerana selalu digunakan sama ada sebagai perisa masakan dan makanan.
Dalam pada itu, di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut.
1. Merawat penyakit darah tinggi.
Caranya:- Ambil sebiji limau nipis dan perah airnya dicampurkan dengan segelas air dan gula secukup rasa. Minumlah setiap pagi dan petang, lakukan sehingga darah tinggi anda akan beransur turun. Insha Allah penyakit itu akan sembuh.
2. Menurunkan berat badan.
Amalkan setiap hari meminum air perahan limau nipis dua biji sehari, nescaya berat badan anda akan berkurangan amalkan selama sebulan. Insha Allah akan nampak perubahan pada bentuk badan anda.
3.Untuk suara menjadi merdu.
Ambil sari air limau purut dicampurkan dengan sedikit kapur sirih, madu satu sudu teh dan sebuku garam kasar, campurkan semuanya dan minumlah seminggu sekali, Insha Allah anda akan dapati suara anda bertambah sedap dikala bercakap, membaca Al-Quran, berazan, berzanji dan menyanyi.
4. Mengatasi kurang darah.
Sediakan sebiji kuning telur, sesudu madu, air limau nipis sebiji, segengam daun bayam merah yang terlebih dahulu ditumbuk dan diperah airnya,campurkan semua dan minumlah setiap pagi dan petang, Insha Allah dalam masa tiga hari anda akan nampak lebih sihat dengan wajah kemerahan.
5. Mengempiskan perut.
Digunakan masa pantang atau memang perut itu sedia lama buncit, maka bolihlah gunakan petua ini,
Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dengan kapur sirih dan minyak kayu putih, campurkan semuanya dan disapu pada bahagian perut dan pinggang, belakang serta paha,
Bolih juga digantikan dengan campuran kapur sirih dengan asam jawa.
6. Melembutkan tangan dan muka.
Ambil air perahan limau bersama-sama keratan buah limau nipis itu dan tenyehkan atau sapu pada bahagian muka, terutama wajah yang berminyak dan pada tangan anda, biarkan sepuluh minit, cucilah dengan air bersih, anda akan dapati tangan bertambah lembut dan wajah pun demikian hingga tidak berminyak lagi padanya. Anda juga boleh gunakan mentimun yang dicincang halus, parutan kentang, putih telur, sapulah seperti cara tadi.
7. Kalau batuk kuat.
Kalau anda batuk amat kuat dan telah hampir dua minggu ,tapi tidak juga sembuh walaupun telah makan ubat hospital, bolihlah gunakan petua ini. Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dalam air suam dengan sebuku garam kasar serta secamca madu asli. Minumlah setiap kali rasa hendak batuk, bila lepas makan pula kumurlah dengan air yang bercampur air limau nipis, Insha Allah dalam masa sehari sahaja anda akan nampak keberkesanannya itu. Dalam masa tiga hari batuk itu akan hilang.
8. Ramuan memulihkan syawat.
Limau nipis dan airnya juga bolih memulihkan syawat hanya mencampurkan dengan sebiji telor ayam kampung yang dimasak tiga suku masak, masukkan serbuk lada hitam, dan makanlah pada waktu pagi selang sehari, selama seminggu, Insha Allah puan dan tuan akan terasa nikmatnya.
9. Ramuan mandi.
Untuk ramuan mandi bunga,atau mandi biasa boleh gunakan perahan air limau nipis, sementara buahnya dibelah dua dan digosuk pada badan yang berdaki atau gatal, Insha Allah badan anda akan berbau harum, bersih dan segar. ..❤️
Slm
BalasPadamWaa'laikumussalam
Padam