Alhamdulillah, pada 26 April 2021 telah selesai merawat pesakit yang mempunyai masalah sakit tulang belakang. Kesakitan paling ketara berlaku pada dua ruas tulang iaitu L5 dan S1.
Daripada cerita yang disampaikan oleh pesakit dari Kampung Sungai Kelambu, Banting ini, pesakit ini mengatakan punca kesakitan dari kemalangan jatuh dari tangga ketika memanjat pokok rambutan dan terduduk tepat di atas batang pokok. Ia berlaku 2 tahun lepas.
Menanggung sakit yang mungkin difikirkan hanya sakit biasa menyebabkan pesakit hanya mengekalkan rawatan urutan sahaja. Kesengalan pinggang akan hilang tetapi hanya beberapa ketika sahaja.
Pesakit hanya bertahan, sehinggalah dua minggu lepas ketika mana keletihan bekerja menyebabkan tertidur di atas lantai dalam waktu yang lama. Setelah sedar dari tidur, kesakitan yang pada mulanya hanya sikit-sikit kini telah menjadi lebih serius sehingga pergerakan terbatas. Nak bangun pun susah. Lebih kurang begitulah keluhan pesakit.
Pesakit telah berjumpa doktor klinik swasta dan melakukan x-ray untuk memastikan adakah disebabkan penyakit slip disk. Daripada apa yang dilapurkan oleh doktor kepada pesakit selepas melihat keputusan x-ray, maka sahlah terdapat tekanan pada pelapik ruas tulang belakang antara L5 dan S1.
Pesakit tidak dapat bekerja seperti biasa dan di tambah pula di bulan Ramadhan, pesakit tidak dapat menunaikan ibadah solat sunat terawikh dari mula menanggung sakit.
Jangan Pandang Remeh Dengan Sengal Pinggang
Kebanyakan pesakit sengal pinggang yang berlarutan tidak sedar atau tidak tahu bahawa mereka terkena penyakit yang berpunca dari tulang belakang.
Kebiasaannya pesakit begini hanya mendapatkan rawatan mengurut untuk kelegaan sahaja. Tetapi untuk kesembuhan masih belum bertemu jawapan.
Anggota tubuh badan kita adalah sebenarnya Allah jadi cukup sempurna. Apabila berlaku kesakitan kecil seperti sengal yang berpunca dari masalah tulang belakang, sistem tulang akan dibetulkan secara automatik. Bukanlah maksudnya ia akan betul dengan sendiri tanpa pergerakan. Sudah semestinya perlu ada pergerakan untuk tulang duduk ditempat yang betul.
Sekiranya anda menghadapi masalah sengal badan yang berlarutan pastikan juga untuk mengenal pasti adakah ia disebabkan masalah tulang belakang ataupun tidak.
Daripada pengalaman saya merawat penyakit seperti ini kebanyakan kes rawatan berpunca dari kedudukan tulang belakang telah lari sedikit dari lokasi original.
Rawatan Pembetulan Tulang Belakang
Bagi memastikan pesakit yang saya ceritakan diperenggan di atas benar-benar disebabkan tulang belakang saya melakukan anlisa terlebih dahulu. Saya memeriksa setiap ruas tulang belakang dan ternyata bahagian L1~L5 dan S1 terdapat masalah.
Antara teknik yang saya gunakan pada rawatan pesakit tadi adalah Terapi Urutan Terapi Qun dan Krekk Method. Ketika sesi rawatan dilakukan banyak bunyi krekk krukk di bahagian pinggang. Sesi penuh rawatan dilakukan dan fokus saya lebih dari pinggan ke bawah.
Alhamdulillah, selepas selesai sesi pertama rawatan pembetulan tulang belakang, pesakit merasa lebih lega terutama bahagian pinggang dan nafas pun lebih selesa berbanding sebelum rawatan.
Pesakit sebelum ini tidak dapat melakukan terawih di masjid, kini dapat menjalankan ibadah solat sunat terawih di masjid Kampung Sungai Kelambu, Banting.
Adalah menjadi satu kepuasan bagi setiap perawat atau juruterapi mendapat timbal balas yang positif dari pesakit yang telah dirawat. Alhamdulillah dengan izin Allah, pesakit telah sembuh walaupun belum sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya pesakit menjadi lebih ceria dan yang penting isteri pesakit tersenyum lebar kerana suaminya sihat kembali.
Semuanya berlaku dengan izin Allah. Kita hanya ikhtiar, kesembuhan milik Allah.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat sedikit sebanyak kepada anda agar jangan pandang remeh dengan sengal pinggang berpanjangan. Sekian. Jumpa lagi pada post seterusnya. InsyaAllah.