Assalamalaikum rakan pembaca blog ini. Kebanyakan kes rawatan yang sering perawat Islam ikhtiarkan adalah berkaitan sihir rumah tangga. Majoriti pesakit yang menghubungi perawat kami akan betanya tentang masalah rumah tangga.
Ada kes rawatan sampai isteri benci tiba-tiba dengan suami. Sedangkan pada permulaan perkahwinan cukup bahagia. Ada juga disebabkan kehadiran orang ketiga. Ini memang sering berlaku.
Walaupun punca keruntuhan rumah tangga bukan semuanya berpunca dari sihir, tetapi sekiranya anda menghadapi masalah rumah sebaiknya cuba cari jalan penyelesaian yang terbaik. Kenali punca masalah dan cuba selesaikan secara bersama pasangan anda.
Kenali 9 Tanda Terkena Sihir Rumah Tangga
Kita sebagai khalifah di muka bumi ini haruslah bertindak menggunakan akal. Sebelum bertindak untuk mendapatkan rawatan, anda boleh mengenali tanda-tanda sihir rumah tangga ataupun dipanggil sihir pemisah. Cuba baca setiap point di bawah untuk anda mengenali apakah tanda-tandanya.
1) Suami atau isteri atau kedua-duanya sudah kehilangan minat untuk melakukan hubungan batin. Jika berlaku pun kemungkinan mereka tidak dapat menikmati nikmat sama sekali.
2) Suami atau isteri akan berasa rimas, rasa tidak tenang, panas apabila berada di dalam rumah. Tetapi apabila keluar dari rumah perasaan itu hilang serta merta.
3) Suami atau isteri akan merasa tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
4) Suami atau isteri akan melihat wajah pasangannya nampak buruk, hodoh dan menakutkan.
5) Suami atau isteri akan mudah melenting sehingga menimbulkan kemarahan pergaduhan yang kadang-kadang membawa kepada penceraian walaupun pergaduhan itu hanya berpunca dari perkara yang kecil.
6) Suami sangat ringan mulut (mudah hilang sabar) untuk melafazkan cerai manakala isteri pula ringan mulut untuk meminta cerai daripada suami apabila berlakunya pergaduhan kecil.
7) Suami atau isteri akan mula sering mengalami mimpi-mimpi buruk dan menakutkan.
8) Suami atau isteri akan selalu melihat adanya kelibat yang melintas atau berkeliaran sama ada di dalam rumah ataupun di luar kawasan rumah.
9) Suami atau isteri akan sering mengalami masalah kesihatan yang tidak diketahui punca-puncannya seperti sakit kepala yang teramat sangat, sakit di perut, tangan kaki ataupun mana-mana bahagian anggota tubuh yang lain.
Video Rawatan Sihir Rumah Tangga atau Sihir Pemisah
Di bawah adalah video tentang cara rawatan Islam untuk memutuskan sihir rumah tangga dari beberapa orang pesakit. Sila tonton di bawah !
Peringatan : Sekiranya anda tidak dapat mainkan video di atas, sila klik DI SINI !
Kesimpulan
Jangan ambil mudah sekiranya terdapat sekurang-kurangnya salah satu dari 9 tanda gangguan sihir rumah tangga yang saya telah kongsikan pada perenggan sebelum ini.
Semoga bermanfaat kepada anda dan pencetus idea untuk anda memulakan langkah perawatan bagi menyelamatkan rumah tangga anda.
Oh ye...jangan lupa LIKE Fanpage kami yer !
>>> SOLAT TIANG AGAMA. KUATKAN TIANG DENGAN MEMPERTINGKATKAN KUALITI SOLAT <<<