Sihir Pendendam ?

Kredit gambar : PerawatIslam.com


Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi menjengah sebentar blog ini. 

Sedikit perkongsian yang ingin saya nukilkan dalam blog ini tentang persoalan adakah sihir mainan orang yang suka berdendam.


Sihir adalah cara mudah untuk membalas dendam terhadap seseorang tanpa perlu menyentuh atau berhubung dengan mangsa sihir.


Bagi mereka yang rendah kualiti iman mereka, sihir adalah mainan bagi mereka yang telah  biasa menggunakannya. Ada yang menyihir berdasarkan ilmu yang pernah dipelajari ataupun membayar sedikit upah kepada si tukang sihir untuk menyihir mangsa.


Memang tidak dinafikan zaman sekarang ni masih ada lagi manusia yang bergiat aktif dalam perkhidmatan sebagai penyihir.


Cuba anda search di Google dengan menaip keyword 'sihir'. Kemudian lihat bahagian Ads (iklan berbayar) kebiasannya terletak di bawah hasil carian di page pertama. Gambar kat bawah ni adalah screen shot yang sempat saya kongsikan kepada anda hasil carian dari keyword tadi.


Cuba anda lihat perkhidmatan bomoh menghantar sihir berleluasa zaman sekarang ni. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi wang. Ada yang acah-acah seperti pakar bomoh tetapi sebenarnya adalah bomoh temberang dan mereka masih wujud pada zaman sekarang ni malahan bilangan mereka bertambah ramai.

Berapa ramai mangsa yang tertipu dengan bomoh temberang. Walaupun ramai pesakit yang telah menjadi mangsa, namun tetap juga terkena tipu hanya kerana imej Islam yang tonjolkan. Walhal sebenarnya merupakan bomoh yang jauh tersasar dari kaedah rawatan Islam yang sebenar.


Suka saya mengingatkan kembali kepada anda yang sedang tercari-cari bomoh untuk khidmat rawatan agar selidik terlebih dulu apakah kaedah rawatan dan ciri-ciri yang ada pada bomoh tertentu sebelum meneruskan rawatan.


Saya pernah kongsikan cara untuk anda mengenal pasti bomoh yang hak dan bathil pada post yang lalu. Kalau anda nak tahu, boleh baca terus di sini !


Adakah Sihir Mainan Orang Yang Berdendam ?


Inilah persoalan yang saya cuba rungkaikan berdasarkan pengalaman saya sebagai perawat rawatan Islam.


Saya pernah merawat pesakit sihir yang silih berganti terkena serangan sihir. Selepas selesai membatalkan sihir dengan bomoh A, kemudian pendendam menggunakan khidmat bomoh B pula dan perkara ini berlaku silih berganti.


Dikhabarkan dari pesakit itu sendiri sihir ini tercetus kerana dendam disebabkan terdapat sedikit salah faham sahaja. Hati penyihir ini sebenarnya sedang menyimpan dendam yang tidak berkesudahan sehingga sanggup menggunakan sihir untuk menyakiti pesakit ini. 


Pernah pesakit menceritakan telah bertemu serampang dua mata dengan penyihir dan menyatakan permohonan maaf sekiranya bersalah namun balasan yang diterima cukup mengecewakan malah penyihir berasa sombong dengan menceritakan pengalaman lalu nya pernah menyihir seseorang sebelum ini sehingga meninggal dunia. Nauzubillahiminzaliq.


Nampak tak kesan dendam kesumat yang tersimpan sehingga syaitan berjaya menguasai hatinya untuk turuti segala kehendak syaitan.


Kisah pesakit ini lebih kurang sama seperti mana yang  berlaku pada Ustaz Kazim yang terkena sihir dari pendendam yang tidak berhati perut. Tetapi akhirnya memohon maaf kepada Ustaz Kazim.


Berbalik kepada kisah pesakit tadi, sejak awal merawat pesakit ini sehingga penyihir sanggup menggunakan khidmat bomoh dari orang asli untuk menyakiti pesakit tadi. MasyaAllah. Cukup berat ujian pesakit ini.


Walaubagaimana saya menasihatkan pesakit tadi, ini semua adalah suratan takdir dari Allah yang turunkan sihir sebagai ujian pesakit dan alhamdulillah dengan izin Allah setiap sihir yang dihantar berjaya ditangani dengan izin Allah.


Pelbagai serangan yang dilakukan kepada pesakit sehingga sanggup sihir dihantar untuk meruntuhkan rumah tangga agar ketenangan yang dikecapi pesakit diganti dengan kekecewaan, keluh kesah dan sebagainya.


Tetapi Allah sebaik-baik perancang, hubungan pesakit dan suaminya bukannya menjadi semakin renggang malah semakin menitip bahagia serta semakin baik hubungan mereka dengan Allah. MasyaAllah.


Makhluk berkehendak, Allah juga berkehendak namun kehendak Allah yang lebih berkuasa.



Kesimpulan


Di sini dapatlah saya simpulkan bahawa sifat dendam akan merendahkan iman. Kualiti iman yang rendah ini memudahkan kita dikuasai dengan bisikan syaitan dengan cara membakar api dendam agar lebih membara.


Apabila sifat dendam menguasai, akal menjadi kurang berfungsi untuk menentukan baik buruk sesuatu amalan. Maka tenggelamlah kebijaksanaa bersama amalan yang sebenar kufur kerana telah mensyirikkan Allah.


Walaupun tidak semua orang yang berdendam akan memilih jalan sihir untuk membalas dendam namun potensi untuk memilih jalan ke arah bathil boleh berlaku. Jadi berhati-hatilah kita mengawal nafsu amarah agar tidak melemahkan iman kita.


Perbanyakkan amalan zikir seperti membaca Al-Quran, tadabbur, berzikir dan sebagainya untuk mengawal hati dari dikuasai syaitan yang direjam.


Sampai di sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga post ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda. Sehingga jumpa lagi untuk post yang seterusnya. InsyaAllah. Sekian.

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama