Salam hormat ye. Syukran jazillan kerana sudi singgah blog saya ini. Saya berharap ia memberi manfaat kepada anda.
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang cara bagaimana untuk diagnosis tapak tangan sekiranya ia berkaitan gangguan.
Gangguan yang saya maksudkan ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama gangguan medis dan gangguan disebabkan syaitan.
Diagnosis Tapak Tangan
Mengenalpasti punca gangguan dalam tubuh badan perlu dilakukan dengan teliti dan cermat. Gambarajah tapak tangan di atas boleh dijadikan sebagai panduan untuk mengenal pasti gangguan apakah yang berlaku dalam tubuh seseorang pesakit.
Buat permulaan kita fahami dahulu asas 5 jari.
- Jari telunjuk : Usus
- Jari tengah : Jantung
- Jari manis : Imuniti / Paru-paru
- Jari kelingking : Rahim / Tulang Belakang
- Jari ibu : Perut
Jari telunjuk mewakili keadaan organ usus. Manakala jari tengah atau sesetengah orang panggil sebagai jari hantu mewakili organ jantung. Jari manis pula mewakili keadaan organ paru-paru. Jari kelingking pula mewakili organ rahim dan tulang belakang dan yang terakhir jari ibu pula mewakili organ perut/lambung.
Gangguan Penyakit-Penyakit Yang Merujuk Pada Diagnosis Tapak Tangan
Saya kongsikan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Ahmad selaku pengasas HPA Industries Sdn. Bhd. serta pakar dalam ilmu herba yang terkenal di nusantara.
Kaedah analisis :
1) Hanya melihat tapak tangan
2) Kaedah ini berbeza dengan reflexiologi tangan
3) Haruslah melihat kedua tangan
4) Kaedah ini hanya mengenalpasti masalah tapi tidak mengetahui derajat kelainannya.
1) Gangguan Medis
Sembelit
Sembelit dapat dilihat pada bahagian jari tapak atau bahagian belakang jari tangan. Antara tanda penyakit ini melalui tapak tangan ialah :
1) Bahagian belakang terlihat garis kulit sendi berwarna gelap
2) Bahagian tapak tangan terlihat garis-garis berwarna gelap
Masalah Usus
Keadaan usus dapat diperlihatkan pada jari ibu. Pesakit diminta membuat tanda 'bagus' (dengan jari ibu dalam keadaan tegak). Jika keadaan jari ibu bengkok ini menandakan pesakit mempunyai masalah usus/sembelit ataupun masalah pencernaan.
Migrain dan Buasir
Tanda-tanda pada tapak tangan dapat dilihat terdapat garis hijau / kebiru-biruan di tapak tangan. Jika orang tersebut tidak menderita penyakit Migrain kemungkinan terdapat gejala penyakit buasir.
Resdung / Alergi
Terdapat warna biru pada bahagian paling bawah tapak tangan yang terletak di bawah jari ibu. Apabila terdapat tanda kebiruan, ini menunjukkan orang tersebut menderita sinus/alergi/resdung.
Kolesterol
Apabila dapat kesan warna pada setiap ruas hujung jari-jari terlihat lebih merah dan tapak tangan, ini menandakan kolesterol tinggi. Antara gejala lain seperti sakit di kedua pundak dan mudah emosi.
Toksid & Keracunan
Ini diperlihatkan pada bahagian tapak tangan mengeras. Pada petani atau orang melakukan kerja yang kerap menggunakan tangan sangat sulit untuk dibezakan.
Tapi gambaran toksid ini dapat diperlihatkan pada kuku, bila ada tanda bergelombang naik. Ini menandakan TOKSID atau ASAM URAT TINGGI.
Anemia
Tapak tangan kelihatan pucat, juga dapat dilihat pada bahagian kelopak mata berwarna pucat.
Tekanan Darah Rendah
Cara mengenal pasti melalui tapak tangan ialah dengan cara menekan bahagian kuku. Bila warna merah lambat kembali ini menandakan tekanan darah rendah.
Masalah Wanita
Dapat dilihat pada jari kelingking, kelainan berupa perubahan fizik seperti melengkung/bengkok dan lain-lain. Ini menandakan terdapat masalah pada bahagian peranakan seperti keputihan, senggugut dan haid tidak normal.
Ketidak Seimbangan Hormon
Tanda-tanda ketidak seimbangan hormon seperti keinginan sex kurang/tidak normal, keputihan, kurang ghairah. Ini dapat di kesan pada bahagian kuku bila mana bahagian bulan sabit di semua kuku menandakan ketidak seimbangan hormon.
Tanda hormon yang normal sepatutnya tanda bulan sabit hanya ada pada jari ibu.
Mudah Masuk Angin
Terdapat banyak spot warna putih pada tapak tangan menunjukkan badan seseorang ini terdapat banyak angin.
Lain-lain
1) Bila banyak spot berwarna merah, ini tandanya penggunaan ubat kimia/dadah
2) Bila semua tapak tangan berwarna merah ini tandanya seseorang ini sedang derita kepanasan.
3) Bila terdapat cengkungan pada jari ibu bahagian dalam sehingga hujung jari ini menandakan orang tersebut mempunyai masalah pernafasan/sinus/alergi.
4) Bila jari telunjuk dan jari tengah diregangkan (jangan dipaksa) terasa sakit, ini tanda masalah SEMBELIT.
5) Bila hujung jari kelingking bahagian dalam berkedut ini menandakan sex yang menurun.
6) Cara menyedarkan orang pengsan dengan cara menekan kuat pada bahagian bawah tengah hidung sampai orangnya sedar ataupun tekan pada hujung jari kelingking.
2) Gangguan Syaitan
Gangguan kedua ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan perkongsian dari perawat lain tentang mengesan gangguan syaitan melalui tapak tangan.
Tip diagnosis : Pegang kedua tapak tangan pesakit dan rasakan keseimbangan haba kedua belah tangan. Sekiranya keseimbangan haba tidak sekata atau sebelah tangan sejuk dan sebelah tangan lagi panas, kebanyakan kes menunjukkan pesakit ada gangguan syaitan di tubuhnya.
Boleh juga dikenalpasti dengan cara memastikan haba kedua-kedua tapak tangan dan kedua-dua tapak kaki seimbang. Sekiranya haba tapak tangan adalah normal kemudian kedua tapak kaki sejuk, ini juga boleh disebab gangguan syaitan dalam tubuh.
Walaubagaimana pun lantunan ayat suci Al-Quran perlu juga dilakukan untuk kepastian.
50 Tanda Badan Diganggu Syaitan
Bagi memastikan tubuh seseorang itu mengalami gangguan syaitan, berikut saya kongsikan 50 tanda badan diganggu syaitan. Jika tedapat lebih 3 tanda diantara 50 tanda di bawah, seeloknya carilah perawat Islam yang terdekat kawasan anda.
1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2. Badan terasa berat dan malas.
3. Sukar mendapat jodoh.
4. Badan terasa bisa-bisa.
5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6. Susah tidur malam.
7. Sakit pinggang tanpa sebab.
8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11. Bermimpi jatuh dari tempat yg tinggi.
12. Bermimpi di tempat yang kotor.
13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15. Bayi kerap menangis.
16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
18. Malas / berat utk beribadat.
19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
20. Panas baran.
21. Sikap berubah secara mendadak.
22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar Al-Quran.
23. Suka melakukan tabiat buruk.
24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
25. Kerap keguguran.
26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
27. Mengantuk bila dengar Al-Quran.
28. Bermimpi seram yang menakutkan.
29. Darah haid keluar lebih dari 15 hari.
30. Batuk yang berpanjangan.
31. Selalu ditindih ketika tidur.
32. Kuat berangan.
33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
34. Nafsu seksual yang melampau.
35. Selalu melihat kelibat dirumah.
36. Terasa diri selalu diperhatikan.
37. Sukar mendapat zuriat.
38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
39. Melihat jin secara terus.
40. Sakit mental atau gila.
41. Kerap bermimpi bersetubuh.
42. Lebam dipeha tanpa sebab.
43. Kitaran haid tidak teratur.
44. Kerap terjaga ditengah malam
45. Kerap bermimpi benda tajam
46. Mimpi didatangi orang yg sudah meninggal.
47. Kerap bermimpi gereja / kuil.
48. Susah kusyuk didalam solat.
49. Selalu was was (Bila berwuduk & solat).
50. Terasa bahang apabila mendengar azan.
Kesimpulan
Penyakit dalaman boleh dikesan berdasarkan keadaan luaran seseorang. Begitulah luasnya ilmu manusia yang digambarkan Allah hanyalah setitik dari seluruh lautan. Betapa luasnya ilmu Allah Subhanawata'ala. Diagnosis tapak tangan yang saya kongsikan ini sebagai panduan bersama untuk kita sama-sama menjaga kesihatan badan kita. Mengenali gangguan penyakit melalui tapak tangan hanyalah sedikit dari ilmu yang saya pelajari. Sebenarnya terdapat banyak lagi cara untuk dignosis seperti melalui lidah, mata, tapak kaki dan sebagainya.
Semoga perkongsian saya pada kali ini memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikan kepada mereka yang memerlukan ilmu ini.
Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan rukyah yang mungkin setelah anda analisa sendiri disebabkan gangguan jin syaitan laknatullah anda boleh menghubungi saya melalui wasap dengan cara KLIK DI SINI ! Kita berikhtiar, kesembuhan milik Allah.
Tags:
Rawatan Islam