Cara Minum Madu Menurut Pakar Madu


Madu adalah satu anugerah yang Allah kurniakan demi kebaikan manusia. Madu juga adalah salah satu perawatan yang dinobatkan oleh baginda Rasulullah Shollallahhua'laihiwasallam untuk kesihatan tubuh badan.


Jika anda pengamal tegar madu pasti anda tahu bagaimana nikmatnya minum madu. 

Cuma yang menyedihkan mengikut kajian rambang, terdapat 80% madu yang berada di pasaran adalah TIDAK ASLI.  Banyak tokok tambah dengan bahan lain untuk dilihat sama seperti madu.

Nasihat saya berhati-hatilah membeli madu di pasaran sekarang. Namun sekiranya anda rasa sukar untuk mendapatkan madu asli, anda boleh dapatkan dengan saya membeli melalui kedai online saya DI SINI !

Berbalik kepada objektif perkongsian saya pada post kali ini yang bertajuk "Cara Minum Madu Menurut Pakar Madu" adalah merujuk kepada perkongsian seorang pakar madu iaitu Dr Hisham Hashim. Beliau merupakan seorang saintis mineral di Jabatan Mufti Brunei Darussalam, Bahagian penyelidik Artifak ke bawah Duli Tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah.


Cara Minum Madu

1) Jika badan PANAS

Cara minum ialah masukkan madu ke dalam gelas terlebih dulu kemudian baru campur air. Ini bertujuan menjadikan maju sejuk.

2) Jika badan SEJUK

Tuang air dulu ke dalam gelas kemudian baru campurkan madu. Ini bertujuan menjadikan madu PANAS.

Tips : Bagaimana cara nak tahu badan kita Panas atau Sejuk ?

Periksa cuping telinga. Kalau cuping telingan sejuk bermakna badan kita tengah pasan dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan kita sejuk.


3) Sakit Mata

Cara bagaimana untuk mengubati sakit mata menggunakan madu ialah campurkan madu dengan air hujan. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha.


4) Cara TERBAIK kenali Madu Asli

Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu itu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.


5) Sakit Kepala / Migrain

Untuk rawatan sakit bahagian kepala juga boleh disembuhkan dengan madu. Caranya ialah sekiranya Migrain madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air ! Waktu diambil antara SELEPAS Subuh dan SEBELUM Dhuha.


6) Sakit Badan

Rawatan berkaitan perut, usus - Ambil SATU sudu teh sahaja pada waku selepas Dhuha ke Zohor. Biar sedikit asalkan istiqamah.


7) Untuk rawatan bahagian pinggang ke bawah waktu yang paling sesuai madu adalah antara waktu Zohor ke Asar.


8) Untuk rawatan bahagian  BAWAH waktu yang sesuai untuk minum madu adalah antara Asar ke Maghrib.


Tip Madu

- Selepas minum madu JANGAN makan campuran ikan dengan tenusu.

- Elakkan makan ikan dengan daging. Ini dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.

- 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan 10 sudu kecil madu biasa. Jangan cari berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.

- Madu mentah boleh 'boost' energy. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.

- JANGAN simpan madu dalam peti ais kerana boleh mengubah molekul madu.


Kesimpulan

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian tentang madu. Saya berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Sekian. Harap berjumpa lagi pada post yang lain.

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama