Cara Mudah Buat Air Selusuh


Assalamualaikum para pembaca budiman. Baiklah...sekarang saya ingin berkongsikan kepada anda terutamanya para suami yang mempunyai isteri yang sedang mengandung. Mungkin apa yang saya kongsikan membantu anda untuk memudahkan urusan isteri anda bersalin kelak.

Sebelum saya terangkan cara untuk buat air selusuh, saya terangkan dulu apakah yang dimaksudkan air selusuh.

Mengikut kamu bahasa Melayu terdapat 3 makna berbeza bagi perkataan 'selusuh'.

  1. Selusuh 1 : menyelusuh menggelongsor turun.
  2. Selusuh 2 : jampi utk memudahkan orang bersalin; ~ anak jampi dll yg memudahkan anak keluar; ~ uri jampi dll yg memudahkan uri keluar.
  3. Selusuh 3 : fatimah sj tumbuhan, Labisia pothoina.

Bagi tujuan kefahaman berkaitan artikel blog saya kali ini, saya akan menfokuskan kepada air selusuh yang bermaksud air yang dijampi untuk memudahkan orang bersalin.


Apa itu air selusuh ?

Mengikut amalan orang lama, air selusuh adalah air campuran akar fatimah dan beberapa herba hutan untuk di rebus dan menjadikan air minuman untuk perempuan yang sarat mengandung.

Tujuan utama air selusuh adalah untuk memudahkan para isteri melalui proses bersalin tanpa apa-apa halangan seperti sukar meneran bayi untuk keluar dari rahim, rasa kesakitan ketika bersalin dan lain-lain risiko.

Mengikut komen dari para doktor tentang penyediaan air selusuh dari akar kayu ini, mereka mengatakan tiada kajian saintifik yang membuktikan air selusuh ini memudahkan proses bersalin. Ada beberapa kajian dasar tetapi masih tidak membuktikan keberkesanannya dari sudut sain.


Apakah hukum air selusuh menurut Islam ?

Air selusuh merupakan jalan ikhtiar dan amalannya memang tiada dalam riwayatnya dalam Al-Quran mahupun hadith. Setiap amalan yang bukan merupakan 'ibadat' atau diluar skop ibadat hukumnya adalah MUBAH (Harus). Asalkan isi amalan tu tidak melanggar syariat Islam serta hanya mengharapkan Allah semata-mata. Bukan mengharap kepada  makhluk.


Bagaimana menyediakan air selusuh bagi para suami ?

Dalam bidang pengubatan Islam, air kosong atau mineral kebiasaannya digunakan dalam rawatan seandainya air zam-zam yang semestinya air yang terbaik di dunia tiada atau sukar untuk diperolehi.

Lebih afdol air selusuh diminum oleh isteri seminggu terakhir sebelum bersalin.

Berikut adalah ayat rukyah para suami boleh bacakan pada air yang disediakan.

Bacakan ayat-ayat berikut mengikut susunan :

1) Surah Al-Fatihah
2) 3 Qul
3) Ayat Kursi
4) Surah Maryam : ayat 1~11
5) Surah Al-Insyirah - ulang 3x
6) Surah Al-Fatihah : ayat 1~3 - ulang 3x

Kemudian TIUP pada air tadi dan beri kepada isteri anda minum.

Sebaiknya disusuli juga dengan doa yang dicadangkan ulama' seperti berikut sebelum isteri anda minum air selusuh :

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

Ikhtiar Terakhir

Jadikan amalan ini sebagai ikhtiar terakhir selain solat hajat, berdoa dan sebagainya. Para suami terutamanya yang yakin Islam adalah cara hidup pasti boleh melakukan sendiri tanpa mengharapkan orang lain melakukannya. InsyaAllah saya yakin anda boleh lakukannya.

Semoga artikel blog ini membantu anda dan memudahkan urusan anda kelak.

Sila kongsikan amalan ini kepada kenalan, rakan taulan anda yang mungkin membantu mereka juga. Insyaa Allah.

"Kita hanya ikhtiar, kesembuhan milik Allah"

Sekian. Terima kasih.




Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama