Selain rawatan bekam, rukyah, pembetulan tulang belakang, kami juga menyediakan rawatan urutan. Antara urutan yang saya telah belajar dan praktikkan ialah urutan terapeutik dan yang terbaru adalah urutan sukan.
Saya terangkan serba sedikit pengenalan apakah urutan sukan.
Urutan sukan adalah pengurusan, manipulasi dan pemulihan tisu termasuk otot, tendon dan ligamen. Kewujudan asal urutan sukan adalah untuk membantu atlet membuat persediaan tubuh mereka pada tahap optimum, bantu memulihkan selepas kecederaan, atau berfungsi secara baik semasa latihan. Urutan sukan menekankan pencegahan dan penyembuhan kecederaan pada otot dan tendon.
4 Teknik Asas Urutan Sukan
Saya kongsikan ilmu urutan sukan dari apa yang saya telah pelajari dan praktikkan. Berikut adalah 4 teknik tersebut.
1) Effleurage
Buat permulaan untuk setiap apa jenis urutan sekalipun effleurage adalah langkah awal sebelum mengurut. Dengan menggunakan minyak urut khas kemudian disapu ratakan menggunakan keseluruhan tapak tangan dan jari dikawasan urutan. Ia berfungsi sebagai melancarkan pengaliran darah dalam sistem limpa.
2) Kneading
Kemudian teknik kneading mula dilakukan pada kawasan urutan. Teknik ini menggunakan tapak tangan dan jari-jemari secara serentak dengan cara cekup dan tarik. Ia dilakukan seolah-olah sedang menguli tepung dengan cara rapatkan jari-jemari.
3) Cross Fiber
Selepas selesai teknik kneading, teknik ketiga ini merupakan teknik mengendurkan otot. Dengan hanya menggunakan tapak tangan dan jari hantu proses mengurut secara silang dalam satu arah dilakukan.
4) Drainage
Teknik terakhir selepas selesai teknik cross fiber ialah teknik drainage. Teknik ini hanya menggunakan 2 cara sahaja iaitu dibahagian jari ketika membuat penumbuk dan juga menggunakan bahagian belakang tangan antara pergelangan tangan dan siku.
Oklah sampai sini dulu perkongsian saya tentang urutan sukan. InsyaAllah kalau ada masa nanti saya update post ini dengan video kelak.
Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan urutan sukan dengan saya, sila wasap saya untuk temijanji rawatan. Sekian. Terima kasih.
Tags:
Coretan Perawat