Saya rasa terpanggil untuk berkongsi diblog ini tentang salah satu sifat mazmumah ini iaitu pendendam. Sifat ini cukup bahaya sebenarnya jika individu yang alami sifat ini tidak ikhtiar untuk merawatnya supaya jiwa lebih harmonis.
Sifat pendendam ini sering menjadi punca tercetusnya pelbagai masalah yang merendahkan kualiti sosial manusia itu sendiri.
Secara umumnya sifat ini boleh menyebabkan seseorang ini hilang kawalan minda sedar dan mula melakukan apa sahaja asalkan hati mereka merasa puas.
Walaupun terlalu banyak pengajaran dari kisah yang berlaku dek kerana sifat dendam ini dan penghujung ceritanya bakal menemui jalan kegelapan, penderaan jiwa yang kejam, hidup menjadi tidak keruan serta pelbagai masalah mendatang.
Adakah pendendam merupakan salah satu ciri-ciri penyakit mental ?
Berbalik kepada persoalan tentang tajuk post untuk saya kongsikan kali ini, sebenarnya pendendam merupakan gejala gangguan keperibadian paranoid.
Biasanya ia terjadi disebabkan pengalaman atau trauma pada masa lalu, pernah disakiti oleh orang sekeliling sehingga menyimpan perasaan dendam dan berakhir pada perilaku paranoid.
Gangguan paranoid ini menjadi punca kepada masalah mental. Penyakit mental ini menjadi faktor pelaku menyimpan dendam, rasa takut berlebihan, serta tidak percaya dengan orang lain.
Mereka yang menghidap gangguan ini boleh secara tiba-tiba mejadi orang yang sangat khuatir, merasa tidak tenang serta selalu merasa curiga dan ketakutan berlebihan walaupun pada orang yang terdekat.
Macam mana mengenali orang yang mengalami gangguan paranoid ?
Dr Verury Verona Handayani ada berkongsi salah satu artikel di Halodoc.com tentang ciri-ciri orang yang mengalami gangguan paranoid yang boleh kita kenali. Berikut adalah ciri-cirinya :
- Meragukan komitmen dan kesetiaan orang lain. Hal ini boleh menyebabkan pengidapnya tidak mempercayai orang di sekitar dan merasa semua orang akan menipu.
- Tertutup dan enggan bercerita pada orang lain. Bukan tanpa alasan, hal ini terjadi karena pengidap paranoid merasa sangat takut dan khuatir informasi yang diberikan akan disalahgunakan.
- Dendam dan tidak boleh memaafkan orang lain.
- Sering menganggap bahawa seseorang memiliki maksud tersembunyi atau berniat buruk saat memberi komen atau menanyakan sesuatu.
- Memiliki kecurigaan berulang, secara umumnya terjadi tanpa ada alasan yang jelas.
- Bersikap dingin dan menjauhi serta menghindari menjalin hubungan dengan orang lain.
- Sering merasa tidak bersalah. Saat berada di tengah pertengkaran dengan seseorang, pengidap gangguan paranoid kerap merasa dirinya yang paling benar.
Dek kerana sentiasa merasa curiga dengan orang lain, pengidap gangguan ini seringkali mengalami kesulitan dalam pergaulan dan mudah menjadi permusuhan jika mulakan pergaulan.
Kadang-kadang pengidap gangguan ini suka menyendiri dan enggan bekerjasama dengan orang lain.
Pengidap gangguan mental seperti ini perlu ditangani dengan betul dan tepat supaya perhubungan dengan masyarakat sekitar amnya serta rakan dan ahli keluarga khususnya tidak menjadi rosak.
Nasihat doktor itu lagi, pengidap gangguan paranoid ini perlu lakukan pemeriksaan oleh psikologi untuk mendiagnosis penyakit ini. Ini kerana terdapat beberapa gejala kepribadian paranoid hampir sama dengan gejala gangguan mental lain, seperti gangguan kepribadian ambang (borderline personality disorder) dan skizofrenia. Segeralah berjumpa ahli psikologi jika merasa mengalami tanda-tanda gangguan kepribadian paranoid.
15 Bahaya Dendam Dalam Islam
Saya kongsikan secara ringkas bahaya dendam dalam Islam. Jika anda ingin baca penerangan secara lengkap ciri-ciri yang saya senaraikan di bawah ini, anda boleh layari www.dalamislam.com.
Berikut adalah 15 bahaya dendam dalam Islam :
- Dibenci Allah
- Amarah yang berlebihan
- Memutus Silaturrahim
- Memiliki Iman yang lemah
- Jauh dari rahmat Allah
- Menimbulkan permusuhan
- Hati tidak tenang
- Mudah timbul Iri dengki
- Tidak menerima Kodrat
- Tidak mendapat ampunan dosa
- Jauh dari kasih sayang Allah
- Mudah muncul penyakit hati
- Dekat dengan kesombongan
- Tidak diredhoi Allah
- Sulit mendapatkan teman.
Semua asbab diatas jika tidak diatasi dengan baik ia akan merugikan pada kesan baik pada setiap amalan yang dilakukan.
Dari sudut pandang pengubatan Islam pula, syaitan lebih mudah mengawal minda separa sedar dan sedar kita dan tidak semena-mena secara agresif menghasut pengidap gangguan paranoid melakukan pelbagai maksiat yang tidak diredhoi Allah.
Zikir Ubat Terbaik Penyakit Dendam
Masalah hati seperti dendam ini sangat baik jika dirawat dengan amalan zikir. Zikir boleh menjadi ubat dendam dan rasa tak puas hati sepanjang hidup. Ubatilah dengan zikrullah. Perbanyakkan seperti membaca Al-Quran, Istighfar, Selawat dan apa sahaja zikir yang ditinggalkan para ulama' yang boleh diamalkan.
Sentiasa basahi lidah dengan kalimah Allah. Rasakan nikmatnya zikir sehingga hati benar-benar tenang serta dapat merasai rahmat dan kasih sayang Allah.
Bersihkan hati dengan amalan zikir secara istiqamah setiap hari tanpa jemu. Lakukan secara ikhlas supaya Allah campakkan Nur ke dalam hati kita.
Sampai satu saat bila mana hati kita benar-benar tenang maka hilanglah sifat dendam, marah dan segala sifat mazmumah yang lain. InsyaAllah.
Apa yang penting adalah lakukan amalan zikir secara istiqamah. Jadikan setiap amalan zikir termasuk dalam aktiviti harian kita. Semoga ikhtiar yang dilakukan ini mendapat redho Allah.
Bukan mudah untuk hilangkan sifat dendam yang telah lama tersemat dalam hati, tetapi dengan doa yang sentiasa mengharapkan bantuan Allah agar dipermudahkan, insyaAllah tiada yang mustahil untuk diselesaikan. Inilah janji Allah.
Sekiranya kita mengingati Allah (zikir), hati menjadi tenang.
Kesimpulan
Menurut ilmu rawatan Islam segala penyakit rohani dan jasmani boleh dikatakan hampir semuanya berpunca dari perbuatan Iblis dan syaitan. Ini termasuklah juga sifat pendendam yang telah dirumuskan oleh pakar kedoktoran sebagai sebahagian daripada penyakit mental.
Walaupun terdapat pelbagai jenis penyakit mental dalam dunia kedoktoran tetapi pada hakikatnya penyakit ini berpunca daripada hasutan serta bisikan syaitan yang telah diizinkan Allah untuk berlaku pada diri seseorang. Penyakit ini mungkin berlaku pada anda yang sedang membaca post saya ini.
Saya berharap perkongsian ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat mazmumah ini. Aaminnn.
Sekian. Jumpa lagi pada post yang lain. InsyaAllah.
Sumber rujukan : Halodoc.com