Assalamualaikum kepada pembaca budiman. Mungkin sebilangan anda yang terbaca tajuk ini akan rasa skeptikal, rasa takut, tiada rasa apa-apa, rasa menggigil dan macam-macam emosi.
Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu rukun iman dalam agama Islam. Sebagai seorang mukmin ilmu mengenali alam jin merupakan satu keperluan supaya kita tidak terperangkap dengan tipu daya jin.
Jin adalah salah satu makhluk ciptaan yang sama seperti manusia iaitu untuk sujud menyembah Allah. Setiap ibadah yang dilakukan hanya semata-mata kerana-Nya.
Allah berfirman dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 56 :.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Inilah tujuan utama Allah mencipta makhluk jin dan manusia di dunia ini. Kesedaran tentang hakikat ini akan mendekatkan diri kita kepada Allah dan tidak memandang semua makhluk jin adalah jahat, kafir, musuh bani Adam dan sebagainya.
Jin dan manusia berkongsi hidup di dunia ini. Cuma kita berada dalam alam yang berbeza.
Justeru itu, kefahaman tentang kejadian jin daripada api dan kejadian manusia pula dari tanah juga memberi perbezaan dari segi fizikal.
Kejadian manusia merupakan kejadian makhluk yang paling sempurna ciptaan-Nya sehingga Allah mengamanahkan dunia ini ditakbir urus oleh manusia sebagai khalifah di dunia.
Kesempurnaan ciptaan inilah yang dicemburui oleh Iblis dan syaitan sehingga terjadinya fitnah terhadap Nabi Adam dan Hawa ketika berada di alam syurga.
Saya tak nak ulas panjang tentang sejarah Iblis yang dilaknat Allah serta asbab hukuman ketentuan Allah agar Nabi Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai tapak mula manusia mentadbir bumi.
Apa yang penting untuk kita fahami adalah Iblis dan kuncu-kuncunya tidak akan berdiam diri untuk menyesatkan setiap anak Bani Adam di muka bumi ini supaya kita semua masuk neraka bersama mereka.
Sampai khiamat mereka tetap melakukan fitnah agar manusia yang beriman terutamanya terpesong kepercayaannya kepada Allah.
Kerajaan Alam Jin
Makhluk jin sama seperti manusia yang mempunyai kerajaan tersendiri. Mereka mempunyai ketua kerajaan, menteri-menteri dan rakyat-rakyat jin.
Organisasi mereka tersusun dari Raja Jin sehingga Rakyat Jin yang melaksanakan kerja-kerja.
Kita mulakan dengan kerajaan Jin Islam
Kerajaan Jin Islam
Terdapat 7 Raja Pemerintah Alam Atas. Kebanyakan nama mereka hampir sama dengan nama Malaikat. Paling mudah nak kenal apabila sebutan nama di belakang ada "ail". Maksud "ail" dalam bahasa Ibrani ialah "hamba".
Berikut adalah nama-nama Raja Jin Islam Alam Atas :
2) Jib-riyaail
3) Sam-samaail
4) Mikiya-ail
5) Sarifiya-ail
6) Ainya-ail
7) Kasfiya-ail
Namun terdapat satu ketua yang memimpin segala 7 Raja Jin Islam di atas yang bernama Tho-Thamghi Yam Ya Li atau dipanggil juga dengan nama Tho-Thamghi Yam Ya Al.
Kerajaan Jin Kafir
Berikut adalah 4 Raja Alam Atas :
- Mereka merupakan dikalangan Raja Jin Ifrit yang pernah menjadi Perdana Menteri yang setia ketika pemerintahan Kerajaan Nabi Sulaiman.
-Mereka memiliki umur panjang berbanding Jin yang lain.
Berikut adalah 7 Raja Alam Bawah :
Ketua Segala Jin Islam dan Jin Kafir
- Namun terdapat SATU ketua yang Allah utuskan untuk mengawal SEMUA Raja Jin Islam dan Raja Jin Kafir.
- Ia adalah dari kalangan Malaikat.
- Namanya MAI-THOTORUN atau gelarannya QUT-BUL JALA-LAH
9 Jenis Anak-Anak Iblis/Syaitan
- Nama mereka sangat popular dan sentiasa berkeliaran di sekeliling kita.
Tonton juga video penerangan lengkap dari Ustaz Auni berkenaan Alam Jin - DI SINI !
Kesimpulan
Meyakini alam ghaib merupakan salah satu perintah Allah. Sebagai seorang mukmin, kerajaan Alam Jin perlu difahami supaya kita tidak sewenang-wenangnya memusuhi semua kalangan jin. Mereka juga mempunyai tanggung jawab yang sama seperti kita sebagai orang Islam iaitu menyembah Allah Yang Maha Esa.
Semoga post ini memberi manfaat kepada anda.
Sila kongsikan sekiranya informasi ini memberi manfaat kepada anda.
Sekian. Terima kasih.