Sebagai perawat ataupun juruterapi PBT (Pembetulan Tulang Belakang) atau ada yang panggil sebagai Krekk Method dan ada juga disebut Kiropraktik merupakan satu kaedah membetulkan kedudukan ruas tulang belakang pada tempat yang asal.
Pergerakan tubuh badan yang maksimum menyebabkan ramai pesakit yang mempunyai masalah tulang belakang.
Apabila kedudukan tulang belakang tidak selari, saraf tulang belakang mula tersepit dan menyebabkan peredaran darah kurang lancar.
Disebabkan postur badan yang tidak betul ini maka ia berpotensi menjadi asbab risiko penyakit yang melibatkan organ di tubuh badan seperti gambar rajah di atas.
Merawat Pesakit Slip Disk
Saya kongsikan salah satu pengalaman saya merawat salah seorang pesakit slip disk disebabkan tersalah cara mengambil bebanan berat se 'bundle' air mineral ketika kenduri kendara perkahwinan anak buah pesakit.
Disebabkan kesilapan itu pesakit terlantar di hospital dan terpaksa cuti panjang untuk berehat.
Doktor telah mengesahkan pesakit terkena slip disk dan mencadangkan pembedahan perlu dilakukan.
Namun pesakit tidak mahu melakukannya. Maka doktor perlu menjalankan kaedah rawatan lain melalui kaedah fisioterapi.
Agak lama juga pesakit melakukan rawatan fisioterapi di hospital serta fisioterapi di rumah namun sakit seperti yang dialami pesakit tetap tidak sembuh.
Antara sakit yang dialami seperti kebas pada kaki kiri, sakit di bahagian dari peha sehingga betis dan juga masalah pergerakan yang terbatas.
Punca Ruas Tulang L4 dan L5
Setelah beberapa analisa dilakukan terhadap pesakit seperti sejarah penyakit, laporan doktor untuk ruas tulang yang mengalami slip disk dan lain-lain pemeriksaan standard, maka sasaran saya adalah untuk merawat slip disk pada ruas tulang di bahagian L4 dan L5 (Sila lihat gambarajah di atas).
Maka rawatan pun dimulakan.
Alhamdulillah setelah dirawat pesakit tersebut, pesakit merasa perbezaan yang besar terutamanya rasa kebas kaki.
Pesakit merasa kebas kaki telah hilang dan ini petanda positif bahawa penyakit yang dialami pesakit selama ini bakal sembuh dengan izin Allah.
Ini menunjukkan peredaran darah pada saraf yang tersepit itu telah mula lancar setelah ruas tulang terutamanya pada L4 dan L5.
Pesakit merasa gembira dan tersenyum lebar kerana penyakit yang dialami telah sembuh seperti sedia kala dan dapat melakukan aktiviti seperti sedia kala.
Semoga pesakit terus kekal sembuh dan sihat menjalani kehidupan seperti biasa. Aaminn
"Kita hanya Ikhtiar, Kesembuhan Milik Allah"