Ini Kena Hati-Hati !...7 Sarang Jin Suka Tinggal di Dalam Tubuh Manusia


Tidak dinafikan keberadaan makhluk jin di dunia juga merupakan ujian bagi manusia. Setiap ujian yang  berlaku atas kehendak dan perancangan Allah.

Kita sebagai manusia harus faham bahawa dunia ini turut dikongsi bersama makhluk jin. Cuma alam kita berbeza dengan alam mereka.

Sekiranya alam manusia di waktu siang, alam jin pula pada waktu malam. Begitulah sebaliknya.


Ciptaan Berbeza

Jin dicipta dari api seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 27 :

"Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma."

Manusia pula ciptaan asalnya dari tanah seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 26 :

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya."

Perbezaan ciptaan makhluk jin dan manusia ini pun menunjukkan takkan pernah menyatu bagi kedua-dua makhluk ini.

Kita harus bersyukur kerana Allah menciptakan manusia yang merupakan makhluk yang dicipta sempurna sehingga dilantik sebagai khalifah di dunia ini.

Namun kedua-dua makhluk ini juga akan diadili setiap amal perbuatan mereka selama hidup di dunia yang fana ini.

Sebagaimana Allah mengingatkan makhluk dan jin dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56 :

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."


7 Sarang Jin Suka Tinggal Di Dalam Tubuh Manusia

Berikut saya terangkan apakah sarang jin di dalam tubuh manusia. InsyaAllah dengan penerangan ini saya berharap semoga kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan perlu berhati-hati.


1) Lubang Mulut

Ketika kita menguap merupakan waktu kritikal untuk kita berjaga-jaga. Sebab apa ? Ketika sedang menguap jin akan mengambil kesempatan untuk masuk dan tinggal di dalam mulut. 

Sebab itu Rasulullah mengajar supaya menutup mulut dengan tangan ketika menguap. Jangan beri kesempatan untuk jin masuk dan tinggal dalam mulut.

Rasulullah bersabda : 

"Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka)." - Riwayat oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah.

Sekiranya ia berjaya masuk maka kita akan terdedah kepada risiko maksiat dari mulut itu sendiri.

Sebaiknya tutuplah mulut ketika menguap dan niatkan mengamalkan sunnah nabi. Pahala pun kita dapat malahan terhindar pula dari gangguan jin. Insya Allah.


2) Kuku

Tangan merupakan organ yang sering digunakan untuk melakukan apa jua aktiviti harian. Salah satu bahagian tangan yang sering manusia lalai dalam menjaga kebersihannya ialah kuku.

Ada juga trend memelihara kuku panjang bagi sesetengah orang yang dikatakan ia sebagai gaya.

Secara logiknya ketika mana kuku panjang, dah semestinya akan terdapat banyak kuman akan hinggap di bawah kuku dan ketika itu jugalah jin akan bersarang di kuku.

Hanya kerana gaya semata-matanya sanggup menanggung jin untuk tinggal di tubuh badan.

Jadi berhati-hatilah dan sentiasa menjaga kebersihan kuku agar sentiasa pendek dan kemas.

Jangan beri peluang jin bersarang dalam tubuh badan kita !


3) Lubang Hidung

Jin mudah menyelinap masuk ke dalam lubang hidung ketika sedang tidur. Salah satu sebab mengapa Rasulullah mengajar umatnya agar memasukkan air ke dalam hidung (istinsyaq) sebanyak tiga kali selepas bangun dari tidur dan ketika wudhu' untuk tujuan kebersihan agar terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.


4) Lubang Telinga

Jin bukan hanya bersembunyi di dalam telinga manusia, namun juga mengencinginya. Apabila itu terjadi, maka orang tersebut akan tidur dari malam hingga pagi tanpa mengerjakan ibadah, khususnya salat.


5) Urat Saraf

Jin mempunyai kelebihan menyelinap masuk ke dalam urat saraf dan tinggal di mana-mana organ manusia. Jika berjaya tinggal di dalam urat sarat manusia maka mudah bagi jin memperdaya manusia, menyakiti dan sebagainya.


6) Pusat

Sifat jin suka tinggal di tempat yang kotor. Salah satu lubang yang manusia sering terlupa untuk bersihkan adalah pusat. Jika tidak dibersihkan maka jin akan bersarang di situ.


7) Lubang Kemaluan

Islam menganjurkan untuk mencukur bulu kemaluan seperti mana sunnah Rasulullah. Selain menghidari penyakit, kegiatan itu juga boleh mencegah jin tinggal di sana.

Kebersihan kemaluan setiap kali membuang air besar atau air kecil sangat penting untuk diberi perhatian. Jangan beri kesempatan walaubagaimana sekalipun untuk jin tinggal di dalam tubuh.


Kesimpulan

Amalan sunnah nabi jangan ditinggalkan. Walaupun nampak ringkas tetapi memberi kelebihan yang sangat besar kepada manusia. 

Apa yang penting kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri setiap masa. Ini kerana jin sangat suka tempat-tempat yang kotor. Tutuplah setiap ruang yang berpotensi untuk jin bersarang dan tinggal di dalam tubuh kita.

Perbanyakkan juga amalan doa dan zikir agar terhindar dari gangguan jin yang sentiasa memusuhi manusia.

Semoga artikel post kali ini memberi manfaat kepada anda. Sekian. Terima kasih.


Sumber : Solopos.com  |  DrJahidSidek

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama