Kelebihan Bekam di Point DU20 / Ummu Mughits

Nak bekam kepala ? Banyak manfaatnya sekiranya anda tahu. 

Antara point bekam kepala yang terbaik adalah Ummu Mughits. 

Sebab apa ?

Salah satu daripada point bekam sunnah yang Rasulullah suka amalkan.

Sangat banyak manfaat walaupun hanya bekam pada point Ummu Mughits sahaja.

Nama Ummu Mughits dalam bahasa arab yang bermaksud 'Pusat Kejahatan' inilah yang menjadikan point bekam ini juga bergelar Hundred Meeting (pertemuan 100 penyakit) bagi TCM (Traditional Chinese Medicine). 

Point bekam yang sangat bagus untuk anda amalkan.

Kebanyakan perawat Islam yang mahir akan mencadangkan point ini sebagai ikhtiar rawatan sihir dan saka setelah rawatan rukyah telah dilakukan. 

Ia sangat efektif sekiranya anda mengalami gangguan jin sihir, jin saka, jin asyik dan apa jua jenis jin.


Point Bekam Ummu Mughits ?

Posisi point bekam Ummu Mughits ini terletak ditengah-tengah atas kepala. Ia selari dengan  kedudukan antara dua telinga (lihat gambar di bawah).



Kebiasaannya untuk melakukan bekam pada point ini juruterapi perlu mencukur sebahagian rambut sehingga licin agar kekuatan sedutan darah menjadi lebih sempurna serta bagi tujuan mengelakkan darah terkeluar dari cup bekam kelak.

Ada juga sebahagian juruterapi menggunakan bekam kepala bervakum seperti contoh gambar di bawah ini.



Alat ini berfungsi untuk bekam di point Ummu Mughits tanpa perlu mencukur rambut.

Bagi saya antara dua  kaedah ini saya sarankan anda pilih kaedah mencukur sebahagian rambut untuk mendapatkan manfaat rawatan bekam pada tahap yang optimum. Itu lebih baik.

Namun ia terpulang kepada diri anda.


Kelebihan Bekam Ummu Mughits

Antara kelebihan bekam point ini ialah sangat baik untuk penyakit berikut :

1) Demensia (Penyakit otak yang progresif)

2) Apoplexy / Strok

3) Afasia (Kerosakan saraf otak)

4) Kejang Klonis (Sawan)

5) Insomnia (Susah tidur malam)

6) Amnesia (Penyakit lupa)

7) Kegilaan

8) Epilepsi (Gila babi)

9) Histeria

10) Penyakit mental

11) Head-wind (Angin tak selesa bahagian dada)

12) Sakit kepala

13) Pening

14) Tinnitus (telinga berdesing)

15) Penyakit lain yang berkaitan dengan prolaps ginjal.

16) dan lain-lain.


Kesimpulan

Keunikan pada point bekam Ummu Mughits bagi pandangan saya sangat 'POWER' ini cukup membantu dalam merawat segala macam penyakit terutama berkaitan dengan penyakit berkaitan otak.

Tambahan pula dengan cabaran zaman sekarang ini yang menyebabkan ramai pesakit mental seperti anxiety, bipolar disorder, schizofernia dan lain-lain penyakit berkaitan mental sangat membantu jika diikhtiarkan melalui point bekam ini.

Saya sarankan anda carilah juruterapi bekam yang turut mahir dalam rawatan rukyah agar kesan bekam menjadi lebih sempurna dan sangat efektif dengan izin Allah.

Baiklah, sekian perkongsian saya pada kali ini. Semoga bermanfaat. Jumpa lagi!. Terima kasih.

P/S : Jika artikel ini memberi manfaat, sila kongsikan pada rakan kenalan anda yer !


Sumber rujukan : Palontaraq.id

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama