Assalamualaikum para pembaca blog ini. Khasiat habbatus sauda tidak perlu disangkal lagi. Salah satu kaedah rawatan yang efektif untuk pelbagai penyakit adalah habbatus sauda.
Walau bagaimanapun masih ramai yang tidak mengambil manfaat dari khasiat habbatus sauda ini.
Dalil yang membuktikan khasiat habbatus sauda adalah penawar terbaik adalah seperti mana dinyatakan dari hadith yang diriwayatkan oleh Aishah R.A :
"Sesungguhnya Habbatus Sauda adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-saam. Aku bertanya : Apakah al-saam itu ? Baginda SAW menjawab; 'kematian'."
Terdapat banyak kajian telah dilakukan oleh pakar-pakar pemakanan, pakar kesihatan diseluruh dunia tentang habbatus sauda.
Kes covid yang berlaku beberapa tahun lepas membuktikan hasil kajian klinikal awal berskala kecil yang dijalankan ke atas 173 pesakit Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan, pesakit yang diberi minyak habbatus sauda sembuh dalam masa lebih singkat, berbanding pesakit tidak mengambil habbatus sauda.
Satu kajian klinikal dijalankan di Pakistan juga menunjukkan hasil kajian yang setara. Kajian klinikal di Pakistan ini membabitkan 313 pesakit Covid-19 dengan 210 pesakit Covid-19 tahap sederhana dan 103 pesakit Covid-19 tahap teruk.
Terdapat banyak lagi bukti kajian klinikal yang telah dijalankan tentang herba ini.
Baiklah..berikut adalah 5 khasiat paling popular habbatus sauda seperti mana yang diterangkan di laman web HelloDoktor.
1) Dapat menurunkan tekanan darah tinggi
Habbatus sauda telah lama digunakan sebagai rawatan hipertensi. Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Hypertension pada tahun 2016, minyak habbatus sauda dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Malah, pakar juga mendapati pengambilan suplemen ini dapat mengurangkan bacaan sistolik dan diastolik pesakit hipertensi.
Walau bagaimanapun, bukan semua orang mendapat manfaat yang sama daripada habbatus sauda. Ada juga pesakit yang tidak mengalami sebarang penurunan tekanan darah walaupun selepas mengambil suplemen yang dibekalkan.
Oleh sebab itu, pesakit tekanan darah tinggi digalakkan untuk mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen tambahan.
2) Sesuai untuk pesakit diabetes
Antara manfaat habbatus sauda ialah kemampuannya untuk menstabilkan kadar gula dalam darah.
Kajian yang dijalankan pada tahun 2019 dan dimuatkan dalam jurnal International Journal of Environmental Research and Public Health mencadangkan, pengambilan minyak pati habbatus sauda mungkin dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan rintangan insulin badan.
Malah, kajian ini juga memungkinkan penggunaan habbatus sauda sebagai rawatan untuk pesakit diabetes jenis 2 di samping rawatan sedia ada.
Cara terbaik untuk mengamalkan pengambilan habbatus sauda adalah dengan mencampurkannya dengan air.
Bagi pesakit diabetes, anda boleh cuba minum air habbatus sauda ini ketika perut kosong untuk mengurangkan kadar gula dalam darah.
3) Khasiat habbatus sauda untuk penghidap asma
Bagi penghidap asma yang menderita dengan simptom seperti batuk, bersin dan sesak nafas, habbatus sauda mungkin dapat membantu.
Walau bagaimanapun, habbatus sauda tidak mempunyai keberkesanan yang sama dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor.
Oleh sebab itu, jangan sesekali gantikan ubat sedia ada dengan sebarang herba atau makanan tambahan. Dapatkan nasihat daripada pakar sebelum mengambil habbatus sauda untuk merawat asma.
4) Dapat membantu menurunkan berat badan
Khasiat habbatus sauda dalam kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang asing.
Di media sosial, ramai yang mengakui dapat menurunkan berat badan setelah mengamalkan minuman yang mengandungi habbatus sauda.
Walau bagaimanapun, pakar masih belum pasti bagaimana habbatus sauda dapat membantu menurunkan berat badan.
Menurut sebuah kajian kecil yang dijalankan ke atas 45 orang wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, pengambilan 2000 mg minyak habbatus sauda selama 8 minggu didapati dapat mengurangkan selera makan dan mengurangkan berat badan.
Namun, masih banyak lagi kajian yang perlu dijalankan untuk menentukan keberkesanan sebenar habbatus sauda.
Bagi mereka yang ingin mencuba air habbatus sauda, cuba rendamkan 2 sudu kecil herba ini ke dalam air. Kemudian, air tersebut bolehlah diminum.
5) Khasiat habbatus sauda untuk kulit lebih cantik
Inginkan kulit yang lebih sihat dan cantik? Cuba amalkan air rendaman habbatus sauda setiap hari!
Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Dermatology and Dermatologic Surgery, individu yang mengambil habbatus sauda mempunyai kulit yang lebih sihat dan kurang jerawat.
Malah, disebabkan sifat antibakterianya, habbatus sauda juga dapat mengurangkan inflamasi dan juga mempercepatkan penyembuhan kulit!
Kesimpulan
Jika ada sebarang kemungkinan untuk herba tersebut mengganggu keberkesanan ubat-ubatan yang diambil, doktor dapat mengesannya lebih awal.
Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada anda. Sehingga bertemu kembalik untuk perkongsian seterusnya. Insyaa Allah.
Sekiranya anda berminat untuk mendapat produk Minyak Habbatus Sauda sebagai salah satu amalan pemakanan sunnah anda sila layari www.shafahabbatussauda.blogspot.com sekarang !
Kredit rujukan info kepada :
1) Hellodoktor.com
2) Harian Metro