Banyak perbezaan gangguan jin saka dan gangguan jin sihir. Walaupun penciptaan dari api tetap sama dengan mana-mana makhluk jin namun terdapat perbezaan dari segi gangguan.
Berikut saya kongsikan perbezaan gangguan jin saka dan jin sihir.
- Jin saka biasanya datang dari keluarga atau keturunan sendiri.( tapi ada juga punca lain). Sedangkan... jin sihir itu adalah dari kiriman orang lain.
- Gangguan jin saka sudah bermula sejak sekian lama, malah ada yang sejak bayi atau juga sejak ia masih dalam kandungan lagi. Sedangkan...jin sihir itu adalah jin yang baru atau tiba-tiba datang.
- Jin saka itu berpindah kepada orang yang paling rapat dan disayangi tuannya, Sedangkan... jin sihir itu ditujukan kepada orang dibenci oleh seseorang lain.
- Jin saka biasanya memilih sendiri bakal tuan baru-nya, sedangkan... jin sihir biasanya datang kepada orang yang diperintahkan kepadanya.
- Jin saka lebih cenderung mengganggu semua orang dalam satu keluarga. Sedangkan...jin sihir lebih cenderung mengganggu seseorang yang telah ditetapkan.
- Jin saka akan masuk ke dalam tubuh siapa sahaja yang dapat ditembusinya.Sedangkan...jin sihir lebih cenderung tetap kepada seorang.
- Jin saka akan berpindah pada seseorang mungkin atas dasar 'kasih sayang yang mendalam' atau perjanjian. Sedangkan... jin sihir akan datang pada seseorang dengan maksud mahu menyeksa atau membunuh.
- Pada peringkat awal, gangguan jin saka akan lebih tertumpu kepada gangguan fikiran dan perasaan. Sedangkan... jin sihir akan menimbulkan gejala kerasukan dan kesakitan.
- Gangguan jin saka kadang-kadang menjadikan seseorang itu mempunyai kelebihan-kelebihan luar biasa seperti nampak jin, menilik, bersilat sendiri, mengurut, mengubat dan sebagainya. Sedangkan... gangguan jin sihir kerap menjadikan seseorang itu menanggung penyakit yang luarbiasa.
- Gangguan jin saka kadang-kadang tidak menimbulkan sebarang gejala penyakit, tetapi menimbulkan pelbagai bentuk tekanan pada fikiran dan perasaan...seperti mudah buntu dan bingung, selalu runsing, risau, takut, marah, malu dan sebagainya tanpa sebab yang munasabah...( termasuk pelbagai perangai atau akhlak buruk...) Sedangkan...gangguan jin sihir biasanya menimbulkan pelbagai gejala penyakit fizikal.
- Sering gangguan jin saka itu 'mencengkam'seseorang dalam keadaan yang tenang dan orang lain tidak menyedarinya. Sedangkan... jin sihir itu akan datang dalam suatu keadaan di mana seseorang itu rasa diserang.
- Kadang-kadang jin saka itu tak tahu yang tindakannya itu menyusahkan atau menganiaya tuannya. Sedangkan...jin sihir itu memang bermaksud menganiaya malah mungkin bertujuan membinasakan.
- Jin saka itu biasanya tetap pada tuan dan keluarganya dengan maksud nak menjaga. Sedangkan...jin sihir itu tetap dengan maksud menganiaya sekeluarga terutama sekiranya kiriman sihir itu bertujuan membalas dendam atau nak menghalau sekeluarga daripada sesuatu tempat.
- Seringkali gangguan saka itu bentuknya sangat halus...hinggakan seseorang itu tak percaya ia ada gangguan jin saka. Sedangkan...gangguan jin sihir biasanya akan memberi kesan yang sangat jelas adanya gangguan makhluk halus.
- Sebahagian jin saka akan mepertahankan tuannya daripada serangan jin lain...termasuk oleh jin sihir... Sedangkan...jin sihir biasanya akan datang berkumpulan...iaitu sebahagiannya tidak ada kena mengena...tapi saja nak mengambil kesempatan 'menumpang sekaki'.
- Jin saka biasanya akan membisikkan seseorang nasihat-nasihat yang baik...(biasanya nasihat tersebut ada tujuan yang sebaliknya) Sedangkan...jin sihir biasanya akan membisikkan apa saja yang akan mematahkan semangat seseorang.
- Jin saka akan mencari tubuh baru dari kalangan ahli keluarga sebagai ganti jika tuannya meninggal dunia. Sedangkan...jin sihir akan pergi sebaik saja ia selesai melaksanakan tugasnya.
- Kebanyakan saka akan menimbulkan masalah seperti menghalang tuannya kahwin, atau menghancurkan rumahtangganya, atau menghalang daripada mendapat anak dan sebagainya. Sedangkan...jin sihir lebih menumpukan kepada penyakit...kecuali jenis jin sihir penangkal atau pemisah.
Tags:
Rawatan Islam