Perkhidmatan Rawatan Rukyah Untuk Gangguan Sihir, Saka dan Asyik di Sekitar Telok Panglima Garang dan Banting


Assalamualaikum.

Nama saya Azeri bin Abdul Wahab. Saya merupakan perawat terlatih dalam bidang pengubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam Darul Muallij yang berpusat di Rawang.

Sekiranya anda mengalami gangguan sihir, saka dan gangguan asyik, insyaAllah boleh diikhtiarkan dengan izin Allah.

Saya faham masalah anda. Mungkin anda terkesan pada emosi, rohani dan paling ketara kepada jasmani anda.

Yang paling menyedihkan apabila berlaku cerai-berai dalam rumah tangga dek kerana sihir daripada mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini yang paling ditakuti berlaku. 

Apabila bercerai maka bergembiralah syaitan kerana misi mereka untuk duduk di sebelah Iblis tercapai.

Suami tengok muka isteri nampak buruk, isteri tengok muka suami rasa benci. Ada sampai tahap tak kenal langsung suami atau isteri sendiri. Allahu. Macam-macam kes.

Cukup sayu juga perasaan saya sebagai perawat apabila ada yang merana terkena panahan jin asyik sehingga menyebabkan suka menyendiri dalam bilik, suka mengadap cermin lama-lama, bercakap seorang diri dan lain-lain gangguan yang pelik bagi pandangan orang kebanyakan. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang faham masalah pesakit.

Mudah-mudah jer masyarakat sekeliling mengejek 'orang gila' pada seseorang pesakit walaupun yang sebenarnya penyakit sebenarnya berpunca dari gangguan jin syaitan.

Belum lagi yang berniaga kecil-kecilan ditepi jalan. Mula-mula sambutan menggalakkan. Ramai pelanggan datang. Syukur sangat. Tup, tup...tiba-tiba ada pelanggan yang biasa membeli ke kedai/gerai tetiba beritahu "Kau tak berniaga ke ? Lama kedai tutup"

Walhal setiap hari kedai dibuka. Sehinggalah merana dan terpaksa tutup perniagaan. Allahu.

Tak kurang juga kes-kes pesakit yang menjadi mangsa tipu dengan Uskun (Ustaz + Dukun) yang mengenakan caj yang melampaui batas sehingga habis beribu-ribu ringgit. Ada pesakit yang sanggup bergolok-gadai hanya kerana ingin sembuh dari penyakit mistik yang dilalui.

Macam-macam kes gangguan jin syaitan yang dikategorikan sebagai gangguan saka, gangguan sihir dan gangguan asyik cukup terkenal bagi kalangan masyarakat nusantara seperti hantu raya, pocong, pelesit dan sebagainya.

Semua ini berlaku kerana permintaan Iblis laknatullah kepada Allah untuk menghalang keturunan Nabi Adam dari mengikuti jalan yang lurus seperti mana telah dirakamkan dalam Surah Al-A'raf ayat 11 ~ 18.

Maksudnya : 

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.(11)

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." (12)

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina". (13)

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".(14)

Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".(15)

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (16)

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". (17)

Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; (18)


Bila kita sedar bahawa apa jua bentuk gangguan yang berlaku perkara utama yang menjadi asbab gangguan semestinya seseorang itu akan menjadi malas beribadah, malas berzikir, malas berselawat, mudah lalai, mudah melakukan maksiat dan apa jua yang dapat menjauhkan orang beriman dari mengingati Allah.

Asalkan matlamat Iblis untuk menghasut, mengajak seberapa ramai keturunan Nabi Adam masuk ke dalam api neraka bersamanya boleh tercapai dengan jayanya. Itulah matlamat sebenar Iblis.

Sekiranya kita fahami maksud dalam ayat Al-Quran di atas tadi, semestinya kita faham dan ambil sikap berhati-hati tentang setiap gangguan yang berlaku.


Anda Ingin Berikhtiar ?

Saya dan tim perawat pengubatan Islam Darul Muallij ingin membantu merawat apa jua bentuk gangguan yang anda alami dengan izin Allah. 

Bukanlah tujuan mendabik dada menunjukkan kehebatan diri yang kerdil ini mampu merawat masalah mistik. Bukan ! Tetapi niat dan tujuan saya hanyalah sebagai 'pemudah cara' bagi mereka yang memerlukan khidmat rawatan yang menepati syariat Islam hanya kerana Allah. Insyaa Allah.

Setiap apa yang berlaku tidak kira yang baik atau sebaliknya semestinya dalam genggaman Allah. Allah Maha Mengetahui. Dia yang menentukan setiap ujian kepada hamba-hamba-Nya.

Kita sebagai hamba dimuka bumi hanya perlu beribadah dan beriman setiap qada dan qadar Allah.

Jangan mudah berputus asa sekiranya penyakit gangguan yang anda lalui tidak kunjung sembuh. Percayalah pasti ada jalannya dan Allah bersama hamba-hamba-Nya yang bersabar.

Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan, sila buat temujanji melalui Wasap ataupun Telegram di nombor 010-8187618 ataup terus klik untuk wasap di link ini https://pmwasap.com/rawatan-gangguan


"Kita hanya ikhtiar. Kesembuhan milik Allah"

Daripada;

Azeri bin Abdul Wahab
Juruterapi Pengubatan Islam
Pusat Rawatan Islam Darul Muallij

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama