Apa Tanda-Tanda Gangguan Jin ?


Ramai pesakit terutamanya keliru apakah tubuh badannya ada gangguan jin ataupun tidak.

Berikut saya senaraikan tanda-tanda gangguan jin. Anda boleh buat kesimpulan sendiri dan tindakan yang anda harus ambil selepas ini.

Sekiranya anda mengalami LEBIH dari 3 simptom gangguan, berjumpalah mana-mana perawat Islam untuk ikhtiar rawatan !

Saya pecahkan kepada 3 faktor.

1) Gangguan Ketika Tidur
2) Gangguan Fizikal
3) Gangguan Dalam Rumah


1) Gangguan Ketika Tidur

  • Sukar tidur malam
  • Terlampau banyak tidur atau kerap mengantuk terutama pada waktu-waktu yang dilarang tidur
  • Mimpi melihat binatang berbisa
  • Bermimpi bayi atau menyusukan bayi
  • Bermimpi kanak-kanak (melihat atau bermain)
  • Bermimpi terbang atau melayang
  • Bermimpi bermain di tempat tinggi atau jatuh dari tempat tinggi
  • Mimpi mengandung atau bersalin
  • Mimpi keturunan yang telah meninggal dunia
  • Bermimpi rumah pusaka
  • Bermimpi di tempat kotor
  • Bermimpi lemas dalam air
  • Bermimpi melihat makhluk aneh/menakutkan
  • Mimpi kabus dan ada ancaman
  • Mimpi di kawasan kubur
  • Mimpi lihat salib/gereja
  • Mimpi bertarung sama ada haiwan atau sesuatu makhluk
  • Mimpi bertemu paderi
  • Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, kapak, parang dan lain-lain
  • Merintih, menangis ketika tidur
  • Terjaga di tengah malam dalam keadaan takut, cemas, terkejut
  • Selalu ditindih ketika tidur
  • Gigi berlaga ketika tidur
  • Ketawa, menangis, menjerit ketika tidur
  • Berdiri/berjalan ketika tidur



2) Gangguan Fizikal / Tubuh Badan

  • Sakit kepala atau bahagian badan tertentu terutama selepas waktu asar ke atas
  • Badan terasa berat dan malas
  • Sukar mendapat jodoh
  • Badan terasa bisa-bisa, sakit/lenguh sendi-sendi utama
  • Sakit ketika ziarah orang meninggal
  • Sakit pinggang tanpa sebab
  • Sakit dada bila waktu asar ke atas
  • Ada terasa benda bergerak di bawah kulit
  • Darah haid turun lebih 15 hari (istihadah)
  • Kitaran haid tidak normal
  • Senggugut yang kuat
  • Gangguan sekitar rahim (rasa panas, keras atau rasa dibelit sesuatu
  • Batuk yang berpanjangan
  • Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
  • Kerap keguguran
  • Gagal melakukan hubungan kelamin
  • Pandangan menjadi kabur, rabun
  • Sakit menusuk di bahagian ulu hati, ari-ari, rusuk
  • Mengantuk bila dengar Al-Quran
  • Mandul
  • Kanser/ketumbuhan/fibroid
  • Seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti pijak kaca, paku, telur
  • Sawan yang bukan disebabkan demam panas
  • Down syndrome
  • Migrain
  • Gastrik
  • Sakit tulang belakang/belikat
  • Melihat jin secara terus
  • Lihat sesuatu yang pelik semasa jaga
  • Gatal pada kulit terutama pada waktu tertentu seperti malam/tengah hari
  • Demam yang berpanjangan (tak kebah) terutama pada waktu malam



3) Gangguan Dalam Rumah

  • Bunyi guli jatuh di atas syiling
  • Selalu melihat kelibat di rumah
  • Ditindih ketika tidur
  • Tidak dapat tidur atau tersentak ketika tidur
  • Ada kesan lebam pada bahagian tubuh
  • Terasa seolah-olah sentiasa diperhatikan
  • Anak-anak kecil kerap menangis seolah-olah takutkan sesuatu
  • Suasana dalam rumah sentiasa 'tegang' (tiada keharmonian dalam rumah tangga)
  • Demam yang berpanjangan, tidak kebah atau demam pada waktu tertentu
  • Malas dalam beribadah atau melakukan amal soleh khususnya di rumah
  • Adakalanya, jin/syaitan akan menghadirkan dalam mimpi memaklumkan bahawa ia mendiami kediaman tersebut
  • Nyalaan api atau perkara pelik di dalam rumah


Kesimpulan

Ikhtiar rawatan secepat mungkin sekiranya diri anda ataupun ahli keluarga anda mengalami lebih dari 3 simptom di atas. Anggaplah ini sebagai ujian Allah. Ujian untuk menguji kekuatan iman hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Jangan mudah berputus asa ! Gangguan jin itu pasti kerana sumpah janji Iblis laknatullah akan menyesatkan keturunan Bani Adam agar masuk api neraka bersama-samanya.

Berikhtiarlah !

Semoga bermanfaat dan menjadi peringatan bersama-sama. InsyaAllah.

P/S : Sekiranya anda ingin dapatkan rawatan rukyah bersama perawat Darul Muallij, sila klik butang Wasap di dalam blog ini. (cuba scroll ke bawah untuk pengguna Handphone dan cuba lihat bahagian kanan untuk pengguna Desktop)

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama