Saya kongsikan 5 petua bagi anda yang mengalami masalah sakit lutut. Petua ini saya dapat dari perkongsian di group Telegram Petua Dan Kesihatan.
Berikut adalah 5 petua yang saya maksudkan.
PETUA 1
Halia ialah ubat yang sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat anti-radang di dalamnya.
Bahan-bahan :
1 ketul halia
1 cawan air
Sedikit perahan jus lemon
Sedikit madu
Cara-cara :
1) Hancurkan 1 ketul halia
2) Masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air
3) Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk.
4) Didihkan selama 10 minit
5) Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi
6) Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia
7) Masukkan 1 sudu teh madu ke dalam air halia dan jus lemon
8) Kacau sehingga sebati
9) Minum 2~3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang.
PETUA 2
Bahan-bahan :
2 biji epal hijau (didadukan)
4~5 batang serai diketuk (kalau besar guna 3 batang sudah memadai)
1 batang kayu manis ceylon (patah-patahkan)
5 gelas air
Cara penyediaan :
1) Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air
2) Minum masa suam-suam - 2 kali sehari. Nak minum setiap hari pun boleh. Nak minum 2 atau 3 kali seminggu pun boleh.
3) Epal boleh dikunyah jika suka
Jom kita lihat khasiat bahan-bahan yang digunakan.
Khasiat bahan :
Kayu Manis Ceylon
- anti radang bagus untuk sendi
- kurangkan koleterol
- kurangkan selera makan
- merawat senggugut
- kuatkan antibodi
- merawat kencing manis
- merawat jangkitan pundi kencing
Serai
- anti radang bagus untuk sendi
- bantu proses penghadaman
- buang toksin dalam badan
- anti kanser
- pecahkan lemak
- merawat kencing manis
Epal Hijau
- mencegah sakit sendi
- menguatkan tulang
- kaya dengan fiber
- kaya dengan mineral, iron, copper, zink, magnesium, pottasium, vitamin A,B,C
- melancarkan darah
- kaya dengan antioksidan
***Info : Kalau ada penyakit tekanan darah rendah, berbadan dua dan ambil ubat pencair darah TIDAK DIBENARKAN pengambilan ini ya.
PETUA 3
Cuka Epal
Disebabkan sifat alkalinya, ia mampu untuk larutkan mineral dan toksin yang berbahaya dalam sendi lutut. Ia juga mampu untuk pulihkan pelincir dan kurangkan sakit.
Cara-cara :
Campurkan 2 sudu cuka epal ke dalam 2 cawan air. Minum sepanjang hari untuk setiap hari. Amalkan sehingga pulih sepenuhnya.
PETUA 4
Minyak Biji Sawi
Urutan yang lebut di lutut yang sakit dengan minyak biji sawi suam mampu untuk kurangkan sakit.
Cara-cara :
Panaskan 2 sudu minyak biji sawi. Goreng seulas bawang putih yang dah dicincang sampai tukar warna keperangan. Kemudian sejukkan minyak dan tapis.
Gunakan minyak tadi untuk mengurut (buat dalam gerakan bulat lawan arah jam). Lepas tu tuam dengan tuala (suam panas). Buat 2 kali sehari selama 1 ~ 2 minggu.
PETUA 5
Lemon
Berkesan untuk rawat sakit lutut yang berpunca dari artritis. Asid sitrik dalam lemon boleh jadi pelarut untuk kristal asid urik.
Cara-cara :
Potong 1 ~ 2 biji lemon menjadi kepingan kecil. Bungkus ke dalam kain kapas. Celup bungkusan kain tadi ke dalam minyak bijan. Letakkan kain pada lutut yang sakit selama 5 ~ 10 minit. Lakukan 2 kali sehari sehingga sakit lutut hilang.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Sekian. Terima kasih.
Tags:
Rawatan Melayu