Assalamualaikum para pembaca blog ini. Terima kasih yer.
Sekarang saya ingin kongsikan kepada anda 7 khasiat daun durian belanda untuk manfaat bersama.
7 Khasiat Daun Durian Belanda
1) Mencegah Dan Mengubati Kanser
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja.
Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.
2) Sakit Pinggang
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu. minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
3) Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh
Khasiat duan durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belanda. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehinggan menjadi 1 gelas. Minumlah sehari sekali.
4) Mengatasi Diabetis
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah betul-betul stabil. Khasiat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
5) Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Hipertensi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok. Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut, sebaiknya minum air rebusan daun belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.
6) Mengatasi Buasir
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah duam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
7) Mengatasi Sakit Urat/Saraf
Selain urutan anda juga boleh gunakan daun durian belanda untuk mengatasi masalah sakit urat/saraf. Caranya ialah rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga menjadi 1 gelas.
Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.
Kesimpulan
Rahsia ciptaan Allah pada semua makhluk pasti ada manfaatnya. Apa salahnya anda turut mencuba untuk berikhtiar dengan daun durian belanda untuk menikmati khasiatnya. Semoga bermanfaat kepada anda. Sekian. Terima kasih.