Diagnosis Lidah Untuk Masalah Organ Dalaman

Salah satu kaedah yang digunakan oleh perawat untuk mengesan penyakit dalam tubuh seseorang pesakit adalah melalui diagnosis lidah.

Sebarang tanda yang terdapat pada lidah menandakan kelemahan jantung disebabkan darah tidak dapat dihantar ke seluruh tubuh badan mengakibatkan kesihatan terganggu.

Anda boleh periksa sendiri keadaan jantung anda melalui lidah anda. Kaedah ini boleh membantu anda menjaga kesihatan, pemakanan yang perlu diambil dan dielakkan dan sebagainya.

Walaupun diagnosis lidah ini nampak ringkas namun ia membantu perawat untuk kenalpasti apakah antara punca-punca penyakit dan pilihan rawatan yang sesuai dilakukan kelak.

Warna Lidah vs Penyakit

Merah Jambu - Anda sihat

Merah - Lidah anda mengalami keradangan (glossitis) atau kekurangan vitamin B-12 atau asid folik, demam scarlet, alergi, penyakit kawasaki.

Kuning - Ada pertumbuhan bakteria, kebersihan mulut yang lemah & mulut kering, ekzema, jaundis dan petanda diabetes.

Ungu - Peredaran darah lemah, masalah jantung, penyakit kawasaki.

Putih - Anda mungkin mengalami masalah dehidrasi, jangkitan kulat, ruam.

(sumber rujukan : HelloDoktor.com)

 

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama