8 Jenis Sihir Yang Biasa Kita Dengar Tapi Tak Tahu Tujuan Sihir Untuk Apa


Sihir menyihir ni tidak akan pernah selesai sehingga hari kiamat. Perjuangan sebagai muallij /perawat Islam takkan pernah habis menentang amalan bathil yang tidak diredhoi Allah ini.

Persiapkanlah amalan khusus benteng diri secara istiqamah supaya terhindar dari serangan apa jua jenis sihir.

Berikut saya kongsikan jenis-jenis sihir :

1) Sihir Pemisah

Tujuan : Digunakan untuk memisahkan atau memutuskan ikatan antara suami isteri. Memporak perandakan hubungan persaudaraan, rakan taulan dan saudara mara.


2) Sihir Guna-Guna (Percintaan)

Tujuan : Digunakan untuk mengikat kasih sayang agar tidak melihat atau kasih kepada yang lain atau mendapatkan kasih sayang dengan jalan paksa.


3) Sihir Pengantin

Tujuan : Digunakan untuk menghalang pernikahan kerana hasad dengki sama ada kerana perbalahan keluarga, putus cinta atau khianat.


4) Sihir Majnun

Tujuan : Supaya mangsa menjadi gila disebabkan dendam, pergaduhan, perubatan harta dan lain-lain.


5) Sihir Tarik Semangat

Tujuan : Supaya mangsa menjadi lemah, lesu dan tidak bermaya. Dalam keadaan ini, mangsa berupaya untuk membunuh diri.


6) Sihir Mendengar Panggilan

Tujuan : Mangsa yang terkena sihir ini akan selalu mendengar panggilan atau melihat bentuk lembaga yang berupa haiwan buas yang mengancamnya.


7) Sihir Pendarahan

Tujuan :  Khusus menyerang wanita. Terjadi apabila jin yang diutuskan memasuki saluran darah dan berjalan bersamanya serta mengeluarkan darah tanpa henti melebihi masa yang sepatutnya.


8) Sihir Bau Bauan

Tujuan : Menarik selera lelaki atau perempuan terhadapnya dengan bau bauan yang telah dijampi oleh dukun dengan mantera-mentera tertentu.


Sekiranyaa anda dikenalpasti kemungkinan besar anda disihir, berikhtiarlah rawat sihir yang dihadapi dengan perawat Islam yang syarie'. Elakkan daripada bertemu dukun/bomoh/pawang yang menggunakan jampi serapah dan kaedah yang mungkar serta diharamkan dalam agama Islam.

P/S : Bagi anda yang mempunyai simptom-simpton gangguan dan memberi kesan kepada penyakit fizikal yang tidak dapat dikenalpasti oleh para doktor, anda boleh hubungi kami untuk rawatan rukyah. InsyaAllah.


Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama