10 Petua dan Cara Mudah Melegakan Penyakit Migrain / Sakit Kepala


Sakit kepala dan migrain merupakan dua penyakit yang sering dialami ramai pesakit saya. Terdapat banyak faktor yang disebabkan oleh penyakit ini.

Walaupun kebanyakan penyakit ini disebabkan gangguan jin hasil dari borang analisa gangguan yang saya telah sediakan namun saya tidak menolak punca-punca lain yang menyebabkan sakit kepala dan migrain.

Baiklah ...berikut saya kongsikan 10 petua mudah untuk melegakan migrain / sakit kepala.

1) Merendam Tangan Dalam Air Dingin/Ais

Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat.

Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air. Tangan dah sejuk, so rasa sakit di kepala terlupa sekejap. 😀


2) Berehat/tidur Di Dalam Bilik Gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala. Baring, tutup mata, tutup lampu, tingkap tirai semua. Biar bergelap untuk dapat ketenangan dan mudah tidur.


3) Mengambil Sedikit Kafein

Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit.

Bau kopi mampu menenangkan minda dan anti stres. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.


4) Minuman Isotonik

Caranya dengan mencampurkan minuman isotonik dengan air putih pada kadar 1:1 atau 1:2. (Secawan minuman isotonik dengan 2 gelas air putih biasa)


5) Gunakan Rempah

Carikan bahan-bahan berikut :

~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar. Kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat. InsyaAllah migrain tersebut anda beransur hilang dan pulih seperti sediakala.

Bayangkan cas-cas negatif sakit kepala tu mengalir masuk tertarik ke garam, lada dan kacang hijau tu. ia juga boleh dijadikan seperti terapi kaki juga.


6) Baring Kepala Dibawah Kaki Diatas

Ketika baring atas katil, turunkan kepala anda sehingga mencecah lantai. Biarkan kaki di atas katil. Secara rasionalnya, ia menurunkan perjalanan darah ke arah kepala.

Kan salah satu punca migrain ialah kurangnya pengaliran oksigen dan darah ke bahagian kepala ! Oleh itu, cuba buat, biar kepala ke bawah mencecah lantai sementara kaki masih di atas katil. Lakukan selama beberapa minit sahaja. Jangan terlalu lama. Buat secara berperingkat. Cukup sampai melegakan.


7) Sujud

Cara paling bagus untuk menghilangkan sakit kepala/migrain ialah sujud lama sikit pada sujud terakhir terutama sekali waktu solat subuh. Semasa sujud tu berdoalah.

InsyaAllah, sakit kepala akan semakin berkurang. Jika tak dilakukan dalam solat pun boleh dilakukan setiap subuh.

Otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Tetapi ada beberapa urat saraf yang tidak dimasuki oleh darah dan hanya dengan bersujud barulah darah akan mengalir ke bahagian urat saraf tu.


8) Berbekam

Bukan sahaja untuk migrain malah digunakan untuk merawat pelbagai penyakit lain. Dalam Islam juga disarankan untuk berbekam sebagai salah satu cara rawatan penyakit.

Sepertimana seorang khadam Rasulullah SAW mengatakan : "Tidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda mengatakan. "Berbekamlah" (Sahih Sunan Abi Daud).

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A, "Bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yang dirasakan di kepala Baginda". (Sahih Ibn Khuzaimah dengan tahkik al-Azhami).


9) Minum Perahan Limau Nipis

Yang ni pun ada juga petua yang kita juga dengar. Sama juga seperti minum air kelapa tanpa gula dengan ais. Anda boleh cuba petua ini. Ada juga petua dengan minum air nipah juga boleh hilangkan migrain. InsyaAllah anda juga boleh cuba petua ni.


10) Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata

Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata untuk rilekskan otot mata punca sakit kepala.

Catat Ulasan

Sila isi borang komen di bawah. Hanya komen yang murni akan ditunjukkan di blog ini. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyaa Allah.

Terbaru Lebih lama