Assalamualaikum para pembaca budiman sekalian. Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya.
Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda satu petua yang saya perolehi hasil perkongsian seorang admin dalam group Telegram "Petua dan Kesihatan". Beliau berkongsi petua dan tip yang beliau sendiri perolehi hasil perkongsian sepupunya yang tinggal di Muar.
Petua orang dulu-dulu ini dipraktikkan apabila sepupunya mengalami komplikasi buah pinggang semasa berumur lebih kurang 20 tahun masa tu. Boleh dikatakan keadaan sepupunya berada pada tahap kritikal ketika itu sehingga sepupunya terpaksa membuat pembedahan untuk buang buah pinggangnya.
Lebih kurang tempoh berbaki 2 minggu sebelum membuat operation beliau telah mengamalkan petua menggunakan tombong kelapa untuk rawatan. Petua ini dikongsikan oleh datuknya sendiri.
Tombong Kelapa
Kisahnya bermula apabila datuknya [kini arwah] bagi tombong kelapa [bila belah buah kelapa tua ada anak biji di dalamnya] dan minum air perahannya.
Pesan datuknya amalkan sehingga 2 minggu setiap pagi.
Sepupunya amalkan selama 2 minggu sebelum sampai tarikh operation. Tiap-tiap pagi sepupunya minum air tombong kelapa dan makan 2-3 biji tombong kelapa sekali [bukan isi kelapa-JANGAN silap !]
Sampai masa untuk tarikh operation, doktor sahkan penyakit buah pinggang tidak ada lagi selepas membuat pemeriksaan. Alhamdulillah.
Admin yang berkongsi petua ini juga mengatakan sepupunya masih sihat sehingga sekarang.
Cara-Cara Rawatan Dengan Air Tombong Kelapa
Di bawah ini saya kongsikan cara rawatan sakit buah pinggang dengan air tombong kelapa.
1) Ambil tombong atau dalam bahasa Jawa dipanggil 'Kentos Kelapa' tidak kira berapa biji setiap pagi. 2 atau 4 biji tombong kelapa sudah memadai.
2) Perah airnya dan minum dan dimakan tombong macam biasa pun boleh.
3) Saiz tombong tidak kisah besar atau kecil, tapi seboleh-bolehnya yang ada air di dalamnya.
4) Jika orang Islam, baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali sebelum minum airnya atau memakannya.
5) Amalkan sehingga 7 - 14 hari. Mudah-mudahan sembuh. InsyaAllah.
Peringatan ! Pastikan amal setiap pagi
Kesimpulan
Terlalu banyak rahsia Allah yang kita tak mampu nak bongkar. Setiap kejadian Allah pasti terdapat manfaat kepada seluruh makhluk ciptaan-Nya. Sebagai contoh tombong kelapa ini. Mungkin terdapat khasiat lain yang kita tidak ketahui dan terokai. Sekiranya anda berpengalaman mengamalkan tombong kelapa ini, sila kongsikan di ruangan komen di bawah ni yer.
Semoga perkongsian ini memberi bermanfaat kepada anda yer. Sekian. Terima kasih.
Sila kongsikan kepada rakan dan kenalan anda yang lain untuk kemaslahatan bersama. InsyaAllah.